Gaya Hidup

VW California, ‘Rumah Bergerak’

Volkswagen’s Commercial Vehicles Division telah memperkenalkan VW California ‘rumah bergerak’ baharu, van camper luas berdasarkan generasi ke enam VW Transporter yang diperkenalkan buat pertama kali beberapa minggu lalu.  Model California ini menjejak akar umbinya kepada bas rear-engined Westfalia yang telah dijual dari tahun 1960an hingga 1980an.

VW-california1

Direka sebagai rumah bergerak, model California ini didatangkan standard dengan pop-up top yang boleh memuatkan dua orang untuk tidur, meja makan mudah alih yang dipasang pada pintu sliding dan set kerusi yang tersembunyi di balik hac.  Model yang lebih mahal terdapat dapur sepenuhnya, sinki stainless steel, peti ais kecil dan dapur masak two-burner.

Volkswagen janji pelanggan boleh memilih samada mereka mahukan dua, lima atau tujuh tempat duduk, dan semua model menampilkan bin simpanan yang terdapat di beberapa sudut dalam kabin.  Dipasang teliti, model California menandingi bilik dorm kolej dari segi ruang dan ciri-cirinya.

VW-california4

Sepertimana Transporter, California mempunyai enjin baharu TDI turbodiesel 2.0 liter empat silinder mill yang boleh dioder samada 83,100,147 atau 201 kuasa kuda.  Volkswagen menjanjikan enjin gasoline empat-silinder akan menyusul dalam barisan model mereka yang dalam produksi, tetapi maklumat lanjut tentangnya masih belum didedahkan buat masa ini.

Pemanduan roda depan dan transmisi manual datang sebagai standard, tetapi pelanggan boleh menempah camper dengan transmisi dual-kluc DSG yang dikawal oleh shift paddle, sistem pacuan empat roda 4Motion Volkswagen atau keduanya.  Sistem start/stop memastikan penggunaan bahan api yang ekonomi.

VW-california3

 

Previous post

Jaguar Land Rover akan di Pasang di Malaysia atau Thailand

Next post

Audi Sambut 21 Tahun Kemunculan Audi A8 dengan 121 Unit Edisi Khas

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *