Berita Auto

Hyundai Lancar Program Kesetiaan Selepas Jualan Di Malaysia

Sebagai tanda penghargaan serta sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan pengalaman pelanggan mereka, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan dua program kesetiaan selepas jualan yang menawarkan pelbagai manfaat.

Yang pertama adalah program Hyundai i-Care Plus yang eksklusif untuk kenderaan Hyundai berusia empat tahun dan ke atas. Menerusi program ini, pelanggan layak mendapat enam baucar diskaun yang menawarkan diskaun 10 peratus untuk alat-alat ganti terpilih, diskaun lima peratus untuk kos buruh, serta dua botol minyak pelincir dan penapis minyak pelincir secara percuma.

Pelanggan yang berminat boleh mendaftar untuk program ini di mana-mana pusat servis bertauliah Hyundai di seluruh negara dengan bayaran hanya RM20 untuk tempoh sah selama 35 bulan dari tarikh pembelian.

Sementara itu, Loyalty Card pula didatangkan dengan setiap pembelian mana-mana model Hyundai. Selain promosi bulanan yang eksklusif, pemegang kad ini juga akan menikmati diskaun 20 peratus untuk produk-produk KLIMA Fresh dan BlueChem (untuk bulan April sahaja), diskaun untuk perkhidmatan selepas jualan semasa bulan hari lahir, diskaun untuk barangan Hyundai serta nilai tukar beli yang lebih tinggi apabila pelanggan membeli kereta Hyundai yang baharu.

Loyalty Card diberikan secara percuma dan boleh didapati di mana-mana pusat servis bertauliah Hyundai di seluruh negara. Pelanggan boleh mendapatkan maklumat mengenai promosi-promosi terkini menerusi laman web rasmi Hyundai.

Previous post

Isuzu Malaysia Serah Lapan Unit Trak Baharu Kepada MR D.I.Y.

Next post

Suzuki Swift Sport Akhirnya Tiba Di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *