Berita Auto

Honda Malaysia Lancar Koleksi Edisi Terhad ‘One Million Dreams’

Honda Malaysia hari ini memperkenalkan koleksi edisi terhad rasmi ‘One Million Dreams’ bersempena dengan kempen One Million Dreams yang meraikan pencapaian syarikat itu mencapai jualan satu juta unit. Koleksi ini boleh didapati bermula 1 April 2021 menerusi Kedai Rasmi Honda Malaysia di Shopee.

Sebelum koleksi itu dilancarkan, Honda Malaysia menawarkan ganjaran istimewa kepada pelanggan dengan baucar pra-pelancaran terhad bernilai RM20 atau bersamaan dengan 2,000 syiling Shopee. Pelanggan boleh mendaftar untuk mendapatkan baucar tersebut di laman Facebook rasmi Honda Malaysia bermula hari ini hingga 28 Mac.

Kod baucar unik akan diberikan kepada pelanggan yang berdaftar pada 31 Mac. Ia boleh digunakan oleh 100 pelanggan terawal untuk membeli barangan rasmi Honda di Shopee dari 1 April hingga 7 April 2021.

Koleksi One Million Dreams yang direka khas dengan kerjasama jenama fesyen terkenal Pestle & Mortar Clothing ini akan ditawarkan dalam kuantiti yang terhad. Ia terdiri daripada enam barangan iaitu topi bucket yang boleh diterbalikkan, beg kantung leher, baju polo, baju lengan panjang dan pendek, serta jaket.

Lebih menarik lagi, Honda Malaysia juga menawarkan pakej bundle pada harga istimewa untuk pelanggan yang membeli koleksi edisi terhad ini serta barangan ‘TEI’ terpilih dari Kedai Rasmi Honda Malaysia di Shopee.

Previous post

BMW 320d Sport Patut Dibeli

Next post

GoCar Tingkat Perkhidmatan Perjalanan Sehala

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *