Uncategorized

Kena Saman RM7,500 Akibat Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Kamera ‘Speed Trap’

Lebuhraya Autobahn di Jerman sering disalah anggap sebagai lebuhraya yang tidak mempunyai had laju maksimum. Sebenarnya, sebahagian besar daripada lebuhraya tersebut mempunyai had laju yang diwartakan oleh pihak berkuasa dan pengguna pasti akan disaman sekiranya memandu melebihi had kelajuan.

Inilah yang berlaku kepada seorang pemandu BMW X5 yang telah didapati memandu pada kelajuan 81 km/j di dalam zon 70 km/j. Perbuatannya itu telah dirakam oleh kamera perangkap halaju dan untuk kesalahan itu, pemandu tersebut sepatutnya diberikan saman berjumlah 20 Euro (RM100) sahaja.

Namun, pemandu berusia 26 tahun itu telah menerima saman berjumlah €1,500 (RM7,500) atau 75 kali ganda lebih tinggi daripada nilai asal akibat menunjukkan isyarat jari tengah kepada kamera tersebut. Bukan itu sahaja, mahkamah daerah Kulmbach turut mengenakan larangan memandu selama sebulan kepada pemandu tersebut.

Akibat tidak mampu menahan amarah, beliau bukan sahaja perlu membayar saman yang lebih mahal malah tidak boleh memandu selama sebulan. Kalau dah bersalah tu, terima sajalah hukuman. Betul tak?

Previous post

Toyota Land Cruiser Prado Dapat Enjin Lebih Berkuasa

Next post

Audi A5 Sportback Quattro ABT Special

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *