Berita Auto

Model Pengganti Nissan 370Z Muncul Dalam Video Teaser

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Nissan merancang untuk memperkenalkan 12 model baharu dalam tempoh 18 bulan. Salah satu daripadanya adalah model Z baharu yang bakal menggantikan tempat 370Z yang telah berada di pasaran sejak 2008.

Perkara ini disahkan sendiri oleh syarikat itu menerusi video teaser terbarunya yang bertajuk “NISSAN NEXT: From A to Z”. Video berdurasi 1 minit 11 saat itu menunjukkan bayangan kesemua 12 model yang akan diperkenalkan termasuk kereta sport dua pintu itu.

Selain daripada model yang hanya dilabel sebagai ‘Z’ itu, model-model lain yang turut membuat kemunculan di dalam video itu adalah Armada, Frontier, Kicks, Murano, Navara, Note, Pathfinder, Qashqai, Rogue, dan Terra.

Maklumat mengenai pengganti 370Z itu masih belum didedahkan oleh Nissan. Bagaimanapun, desas-desus mengatakan bahawa model itu akan hadir denan enjin twin-turbo 3.0-liter V6 dari Infiniti Q60. Ia juga mungkin dinamakan sebagai ‘400Z’ sempena dengan jumlah kuasa kuda yang dihasilkan oleh enjin tersebut.

Dari segi reka bentuk, 400Z dilihat mempunyai bentuk yang seakan serupa dengan 240Z dengan garis bumbung yang mencondong serta gerbang roda belakang yang lebar. Selain itu, ia juga menampilkan logo ‘Z’ di dalam bulatan pada tiang belakang.

Previous post

Hyundai Santa Fe Facelift Akan Guna Platform Baharu

Next post

Industri Automotif Inggeris Bermasalah Besar ... Sekali Lagi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *