Khidmat Masyarakat

Tayangan Perdana Filem Pemenang BMW Shorties 2018 Ananth Subramaniam ‘Liar Land’

Sebuah filem pendek yang digubah dengan visual yang menawan meneroka idea pengaruh persekitaran serta naluri individu yang bergelar insan hasil karya Ananth yang dibiayai oleh BMW telah dipertontonkan semalam oleh BMW Group Malaysia.

Filem ini mengisarkan realiti adik beradik daripada sebuah keluarga yang berantakan, terhimpit untuk menjurusi kehidupan yang dipengaruhi dengan racun jenayah disumbang oleh ibu bapa mereka.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Kenyataan Media

23 Ogos 2019

BMW Group Malaysia Mempersembahkan ‘Liar Land’ oleh Ananth Subramaniam, Pemenang Hadiah Utama BMW Shorties 2018.

Kuala Lumpur, 23 Ogos 2019 – BMW Group Malaysia telah menayangkan filem pendek yang bertajuk ‘Liar Land’, iaitu sebuah produksi BMW Shorties yang terbaharu hasil nukilan pemenang hadiah utama BMW Shorties 2018, Ananth Subramaniam.

The BMW Shorties Premiere Night - Liar Land (1)

Ananth Subramaniam, BMW Shorties 2018 Grand Prize Winner (left) with Sashi Ambi, Head of Corporate Communications of BMW Group Malaysia (right).

Yakin dengan naratifnya yang disebatikan dengan teknik penceritaan bersifat provokatif dan menyentuh jiwa, ‘Liar Land’ mengisarkan realiti adik beradik daripada sebuah keluarga yang berantakan, terhimpit untuk menjurusi kehidupan yang dipengaruhi dengan racun jenayah disumbang oleh ibu bapa mereka. Ananth sebelum ini telah menempah nama di Malaysia menerusi filem pendeknya yang bertajuk ‘Colourless’ pada tahun lepas, dan beliau kembali dengan karya baharu yang berintikan visual serta pencahayaan kreatif yang serba sempurna sekali lagi untuk merangkap emosi watak-watak cerita tersebut.

“Saya menulis ‘Liar Land’ dengan berilhamkan sebuah visi dan mesej untuk diceritakan. Stigma sosial disebabkan oleh kejahilan, ia berlaku kerana kita tidak memahami perspektif individu yang lain. Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa bukannya satu tugas yang mudah dan bukan semua insan dapat menggalas tanggungjawab tersebut dengan sebaiknya, namun saya ingin menunjukkan kesan berpanjangan yang dialami oleh anak-anak jika peranan tersebut diabaikan oleh ibu bapa,” jelas Ananth.

The BMW Shorties Premiere Night - Liar Land (2)

Ananth Subramaniam, BMW Shorties 2018 Grand Prize Winner (left) with Sashi Ambi, Head of Corporate Communications of BMW Group Malaysia (right).

Dengan menggembleng bakat lakonan pelakonnya yang cilik, visual yang mempesonakan dan runut bunyi yang menyentuh jiwa, Ananth telah menghasilkan sebuah karya yang membingkai masalah-masalah sosial dalam ‘Liar Land’ yang mencerminkan realiti kanak-kanak yang membesar dengan pengaruh jenayah. Kisah penceritaan ‘Liar Land’ oleh Ananth bukan sahaja menunjukkan kesan buruk akibat pengabaian kanak-kanak, malah sudut lain yang memperlihatkan bagaimana sifat sensitiviti terhadap keganasan pada anak-anak kecil mula terhakis.

Filem pendek yang dibiayai oleh BMW ini menampilkan bakat-bakat baharu seperti Mia Deen (yang melakonkan watak anak perempuan dalam ‘Liar Land’, Maya) dan Syed Muhammad Baqir (adik Maya), berserta pelakon-pelakon veteran seperti Edgar Gary Quah(bapa) dan Mandy Chen (ibu). Menerusi ‘Liar Land’, Ananth menyingkap kehidupan seharian adik beradik ini, dengan kaedah yang penuh emosi sama seperti yang dibuat oleh beliau dalam filem ‘Colourless’ yang mengimbau kisah perhubungan berlandaskan sengketa antara seorang bapa dan anak perempuannya.

The BMW Shorties Premiere Night - Liar Land (3)

Sashi and Ananth with the cast and crew of Liar Land.

Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia dalam pada itu berkata, “Selepas satu dekad, kami di BMW Group Malaysia masih berasa kagum dengan BMW Shorties yang terus menjadi platform dengan peranan yang signifikan untuk menemukan bakat-bakat kreatif baharu di Malaysia. Kami ingin meneruskan ikhtiar ini untuk membantu para pembikin filem dan kandungan digital melangkah jauh dalam dunia perfileman Malaysia, dan Ananth tidak terkecuali. Beliau menukilkan cerita dengan visi yang unik dan ‘Liar Land’ membuktikan kebolehan beliau sebagai seorang penglipur lara yang berani untuk mengetengahkan realiti dan kebenaran.”

Tambah Ambi, “BMW Shorties kembali pada tahun ini dengan tema baharu, ‘UNCHARTED’, ia melambangkan sebuah kombinasi sempurna yang bercirikan sifat ingin tahu serta kecekalan, sifat tersebut benar-benar diperlukan dalam semua spektrum bidang di negara kita seperti kesenian, muzik, budaya, teknologi, dan politik. Kami ingin melihat minda-minda kreatif dari negara ini meneroka, mencipta dan mencabar batasan imaginasi masing-masing untuk merealisasikan idea mereka. Kebolehan untuk berbuat demikian melambangkan sebuah negara yang progresif.”

The BMW Shorties Premiere Night - Liar Land (4)

Ananth, BMW Shorties 2018 Grand Prize Winner and Director of Liar Land.

Barisan juri tahun ini terdiri daripada pembikin-pembikin filem dan veteran yang teriktiraf dalam industri perfileman tanah air. Juri-juri tersebut ialah: Saw Teong Hin (Puteri Gunung Ledang dan Rise: Ini Kalilah); Indrani Kopal (The Game Changer dan Incarcerated Rhythm), Amanda Nell Eu (Lagi Senang Jaga Sekandang Lembu), serta panel penasihat bagi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) – Nadira Ilana (The Silent Riot) dan Adrian Teh (Ice Kacang Puppy Love dan PASKAL The Movie).

BMW Shorties 2019 akan menghadiahkan pemenang utama sebuah geran produksi yang bernilai RM 80,000. Pelbagai faset pembikinan filem yang lain juga akan diiktiraf melalui kategori penganugerahan seperti: Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Suntingan Terbaik, Rekaan Bunyi Terbaik, Anugerah Pilihan Popular serta kategori baharu yang diperkenalkan tahun ini, Anugerah Pelajar Terbaik.

The BMW Shorties Premiere Night - Liar Land (5)

(Left to right – back row) Mandy Chen, Mother in Liar Land; Belz, Executive Producer and Assistant Director of Liar Land; Ananth; Edgar Gary Quah, Father in Liar Land.
(Left to right – front row) Syed Muhammad Baqir, Maya’s Little Brother in Liar Land; Mia Deen, Maya in Liar Land.

“Saya juga berbesar hati untuk mengumumkan bahawa BMW Shorties akan mengetengahkan topik berkenaan dengan filem di Urbanscapes 2019 – iaitu festival kesenian kreatif dengan sejarah anjuran paling lama di Malaysia; serta REXKL, salah sebuah institusi yang ikonik untuk karya perfileman, ia akan menjadi tuan rumah bagi filem dan acara BMW Shorties sepanjang festival berkenaan,” ujar Ambi.

Acara BMW Shorties akan dibuka untuk menerima penyertaan bermula 8 Ogos 2019 sehingga 11 Oktober 2019 pada jam 6:00 petang untuk para pembikin filem serta kandungan digital yang beraspirasi menghantar penyertaan masing-masing. Maklumat lanjut mengenai BMW Shorties dan cara untuk menyertainya boleh didapati di laman web rasmi BMW Shorties di www.bmwshorties.com.my atau laman Facebook rasmi BMW Shorties di www.facebook.com/bmwshorties serta laman Instagram di www.facebook.com/bmwshorties.

The BMW Shorties Premiere Night - Liar Land (6)

(Left to right) Belz; Mandy; Ananth; Baqir; Mia and Daryl Cheam, Executive Producer of Liar Land.

Liar Land Poster

Previous post

Proton R3 Umum Pencarian Pelumba Wanita dan Program Mentor

Next post

Toyota Eco Youth 2019 Cari Hero Selesaikan Masalah Alam Sekitar

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *