Gaya Hidup

Toyota Eco Youth 2019 Cari Hero Selesaikan Masalah Alam Sekitar

UMW Toyota Motor hari ini melancarkan program Toyota Eco Youth (TEY) 2019 dengan matlamat untuk mendidik pelajar-pelajar berkaitan pemuliharaan alam sekitar, selain melatih mereka menjadi pelopor dalam usaha-usaha perlindungan alam sekitar. Ikut serta di dalam usaha ini ialah myHarapan, yang akan menjadi rakan sekerja bagi TEY 2019.

Toyota Eco Youth

Tema untuk tahun ini, “Menjadi Superhero Untuk Selamatkan Dunia” akan mengadunkan idea yang selari dengan perubahan pantas dunia digital hari ini dan menerajui keperluan untuk melahirkan kepimpinan berkesan sebagai pelindung kepada alam sekitar.

Penyertaan bagi program ini terbuka kepada semua sekolah di seluruh Malaysia, termasuk sekolah swasta dan antarabangsa. 12 sekolah telah dipilih berdasarkan video berkaitan pemeliharaan alam sekitar yang telah dihantar. Pelajar-pelajar dari semua sekolah ini akan mengikuti sesi bengkel selama tiga hari untuk diberi pendedahan terhadap Kaedah Penyelesaian Masalah Toyota yang terkenal diseluruh dunia.

Goup Photo_Part of the Participating Students

Setiap pasukan dari sekolah terbabit akan diberikan masa tiga bulan untuk melengkapkan usaha berkaitan alam sekitar mereka serta cadangan projek dengan perbelanjaan sebanyak RM2,000 diberikan untuk memulakan projek.

Perjalanan projek itu pula akan ditinjau dan dinilai secara berterusan oleh pasukan khas dari UMW Toyota, yang akan memutuskan pemenang peringkat akhir pada penghujung tempoh program ini November 2019 nanti.

Pasukan yang menang akan membawa pulang hadiah wang tunai menarik seperti berikut; RM10,000 untuk tempat pertama, RM7,000 untuk tempat kedua, RM4,000 untuk tempat ketiga, RM2,000 untuk tempat keempat RM1,000 sebagai hadiah saguhati. RM500 juga akan diberikan bagi setiap persembahan video terbaik dan juga guru sokongan terbaik.

Previous post

Tayangan Perdana Filem Pemenang BMW Shorties 2018 Ananth Subramaniam ‘Liar Land’

Next post

Sasha Selipanov Berpindah Ke Koenigsegg

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>