Gaya Hidup

Honda Civic Type R LEGO

Membina replika kereta menggunakan blok Lego dilihat sudah menjadi trend pada masa kini. Kereta terbaru yang ditransformasikan menjadi model Lego saiz sebenar adalah Honda Civic Type R.

BHP Banner VOLANTE

Menurut Honda, projek ini menggunakan sejumlah 320,000 blok Lego dan mengambil masa kira-kira 1,300 jam untuk disiapkan oleh sebuah pasukan yang terdiri daripada sembilan individu.

Ketua pasukan Ryan McNaught berkata bahawa ia adalah salah satu replika yang paling mencabar untuk dibina disebabkan bentuk Civic Type R yang unik dan agak ‘liar’. Bahagian yang paling sukar untuk dihasilkan adalah pengelap cermin dan spoiler belakang.

life-size-honda-civic-type-r-lego (1)

Walaupun begitu, pasukannya berjaya menghasilkan replika yang tidak jauh berbeza dengan model sebenar, lengkap dengan perincian seperti lampu signal, logo ‘H’ dan ‘Type R’ dan angkup brek Brembo. Semua lampu yang ada pada replika ini juga boleh menyala dengan bantuan sebuah iPad.

Sebuah rangka keluli digunakan bagi menyokong blok-blok Lego tersebut yang semuanya telah digam bersama. Apa yang menarik, McNaught dan pasukannya menggunakan blok Lego standard tanpa perlu menghasilkan bahagian-bahagian custom untuk projek ini. Malah dengan berat sekitar 1,300 kg, replika ini juga hampir sama berat dengan model sebenar.

life-size-honda-civic-type-r-lego (2)

 

Previous post

Bell & Ross Buka E-Butik Di Malaysia: www.bellross.com

Next post

Honda Malaysia Panggil Semula 9,998 Unit Accord 2.0L 2003-2007

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *