Gaya Hidup

Pemilik-Pemilik Kenderaan Baru Mengalami Masalah Berkaitan Reka Bentuk 

Hampir separuh daripada semua masalah yang dialami pemilik kenderaan baharu di Malaysia adalah berkaitan dengan reka bentuk, menurut Kaji Selidik Kualiti Awal J.D. Power Malaysia 2018SM (IQS), yang diterbitkan hari ini. Kaji selidik itu mendapati bahawa 42% daripada semua masalah yang dialami dalam 2-6 bulan pertama pemilikan, berkait dengan aspek reka bentuk kenderaan; khususnya, sistem audio, komunikasi, hiburan dan navigasi (ACEN) dan pemanasan, pengudaraan dan penyaman udara (HVAC) berbanding dengan masalah kecacatan pembuatan. Beberapa masalah yang pemilik laporkan tentang kenderaan mereka adalah berkaitan dengan sistem antara muka pemandu, termasuk dengan isu ‘Bluetooth-pairing’ dan sambungan dengan telefon bimbit yang berlainan jenama, soket peranti media dan sistem navigasi, antara yang lain-lain.

Kualiti awal keseluruhan bagi purata industri adalah 92 masalah bagi setiap 100 kenderaan (PP100). Walaupun masalah yang berkaitan dengan kualiti pembuatan terus merangkumi kebanyakan masalah yang pemilik alami (48 PP100), isu berkaitan reka bentuk (39 PP100) telah meningkat sejak 5 tahun yang lalu.

2019-honda-cr-v-hybrid-euro-spec“Apabila pengeluar melabur dalam pembangunan produk baru, mereka perlu memastikan bahawa reka bentuk dan fungsi, terutamanya unsur-unsur yang berkaitan dengan hubungan antara muka di antara manusia dan mesin, adalah intuitif dan mudah dicapai serta digunakan,” kata Shantanu Majumdar, Pengarah Serantau, Amalan Automotif di J.D. Power. “Lebih-lebih lagi, dengan semakin banyak kenderaan dilengkapi ciri-ciri teknologi yang canggih, adalah penting bagi pengedar untuk menunjukkan cara operasi ciri-ciri tersebut ketika penyerahan kenderaan baru.”

Berikut adalah penemuan tambahan daripada kaji selidik:

  • Masalah kenderaan berkenaan jenama nasional lwn Jepun: Pemilik kereta dua jenama negara melaporkan masalah yang lebih tinggi, secara purata daripada pemilik jenama Jepun (105 PP100 vs. 77 PP100, masing-masingnya). Pemilik jenama nasional yang telah memandu lebih 5,000-kilometer dengan kenderaan mereka melaporkan lebih banyak masalah daripada pemilik jenama Jepun (131 PP100 vs. 81 PP100, masing-masingnya).
  • Masalah paling kerap dilaporkan: Antara lima masalah utama yang dilaporkan, empat adalah masalah yang berkaitan dengan reka bentuk. Masalah yang paling sering dilaporkan adalah bunyi angin yang berlebihan (7.5 PP100), ini diikuti dengan bunyi jalan berlebihan (4.1 PP100) dan radio yang mempunyai resepsi yang tidak bagus/ tiada resepsi (3.1 PP100).
  • Pemilik muda kereta melaporkan lebih banyak masalah: Pelanggan yang berusia 29 tahun atau lebih muda melaporkan lebih banyak masalah daripada mereka yang berumur 30 tahun ke atas (103 PP100 vs 82 PP100). Pemilik muda kereta melaporkan lebih banyak masalah dalam kategori audio/ komunikasi/ hiburan/ navigasi (ACEN), luaran dan enjin/ transmisi.
  • Kualiti dan kesetiaan meningkat apabila tiada masalah dilaporkan: Pemilik kenderaan baru yang menyatakan mereka tidak mengalami sebarang masalah dengan kenderaan mereka menunjukkan kesetiaan yang lebih tinggi, dengan 24% mengatakan mereka “pasti akan” membeli balik buatan yang sama. Peratusan ini susut kepada 15% untuk pemilik yang mengalami tiga atau lebih masalah.

Isuzu D-MaxRanking Kaji Selidik

Toyota Vios (77 PP100) menduduki tangga teratas dalam segmen ‘entry’ saiz sederhana. Honda CR-V (48 PP100) menduduki tangga teratas dalam segmen SUV dan Isuzu D-Max (44 PP100) menduduki tangga teratas dalam segmen pikap.

Kaji Selidik Kualiti Awal Malaysia (IQS) 2018 berdasarkan respons daripada 2,766 pemilik kenderaan baru yang membeli kenderaan mereka antara September 2017 dan Julai 2018. Kaji selidik ini merangkumi 55 kereta penumpang, pickup dan model kenderaan utiliti sebanyak 13 jenama. Kaji selidik ini dijalankan antara bulan Mac dan September 2018.

Kaji selidik ini, yang sekarang berada pada tahun ke-16, berfungsi sebagai penanda aras industri untuk kualiti kenderaan baru dengan menyukat permasalahan yang dilalui pemilik kenderaan semasa dua hingga enam bulan pertama pemilikan dalam dua kategori yang berbeza: masalah berkaitan reka bentuk dan kecacatan dan kerosakan. Kajian ini merangkumi soalan diagnostik spesifik sekitar lapan kategori masalah: luaran; pengalaman memandu; ciri/ kawalan/ paparan; audio/ komunikasi/ hiburan/ navigasi; tempat duduk; pemanasan/ pengudaraan/ penghawa dingin; dalaman; dan enjin/ penghantaran. Skor kualiti awal keseluruhan ditentukan oleh masalah yang dilaporkan bagi setiap 100 kenderaan (PP100), dengan bilangan masalah yang lebih rendah yang menunjukkan kualiti yang lebih tinggi.

Kaji selidik ini sekarang juga menyertakan Net Promoter Score® (NPS),[1] yang menyukat kemungkinan pembeli untuk mencadangkan model dan jenama kenderaan mereka pada skala 0-10.

toyota-viosP1016930-620x350 (1)

Screenshot 2018-11-01 at 9.20.37 PM

 

 

 

Previous post

ETCM Mempercepatkan Penyerahan Nissan Serena S-Hybrid Baharu

Next post

‘MINI Recharge Roadshow’ MINI Malaysia Kembali

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *