Berita Auto

ETCM Mempercepatkan Penyerahan Nissan Serena S-Hybrid Baharu

Nissan Serena S-Hybrid serba baharu mencatat satu lagi sejarah dengan penerimaan 5,500 tempahan. Daripada jumlah itu, sebanyak 4,000 unit telah diserahkan kepada pelanggan setakat 30 Oktober 2018, merangkumi 73% dari jumlah tempahan.

Sebagai tambahan, Nissan Serena S-Hybrid serba baharu baru-baru ini memenangi Anugerah Pilihan Editor CarSifu 2018 untuk kategori MPV Saiz Sederhana Terbaik dan MPV Kompak Terbaik dalam Anugerah DSF.my Allianz Vehicle of the Year (VOTY 2018) pada Mei 2018.

Nissan Serena S-Hybrid serba baharu menawarkan penjimatan bahan api terbaik dalam kelasnya iaitu 14.2 km/L dengan pelbagai ciri inovatif seperti Pintu Gelongsor Kembar Berkuasa Dengan Pengesan Kaki, Pintu Belakang Dwi-Bukaan, 7 Saluran USB, Intelligent Around View Monitor (I-AVM) dengan Intelligent Moving Object Detection (I-MOD), ketersambungan telefon pintar melalui Apple CarPlay™ dan Android Auto™, ternyata menyumbang untuk menjadikan Nissan Serena S-Hybrid serba baharu sebagai MPV No. 1 di Jepun, MPV saiz sederhana paling laris mulai Januari hingga September 2018.

Pandu uji Nissan Serena S-Hybrid serba baharu dan model-model inovatif Nissan di bilik pameran Nissan di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800 88 3838.

02 Nissan Serena_Increase Production

Previous post

Jualan PROTON Bulan Oktober Meningkat 12.6%

Next post

Pemilik-Pemilik Kenderaan Baru Mengalami Masalah Berkaitan Reka Bentuk 

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *