Promosi / Tawaran / Peraduan

‘MINI Recharge Roadshow’ MINI Malaysia Kembali

Para peminat MINI dipelawa untuk memberikan nafas kepada minat mereka terhadap kehidupan dan pengembaraan di MINI Recharge Roadshow.

MINI Recharge Roadshow menjanjikan pengalaman yang menarik dengan kenderaan MINI Countryman Sports dan MINI Countryman Plug-In Hybrid Baharu, kedua-duanya dilancarkan pada bulan April tahun ini sebagai ikon terbaharu Kenderaan ‘Sports Activity’ premium daripada MINI.

Tawaran jerayawara lain yang eksklusif turut boleh direbut di MINI Recharge Roadshow termasuk pemilikan MINI menerusi kadar yang terendah, iaitu RM 2,468/sebulan* dengan pembiayaan ‘Full Circle’ bagi MINI Countryman Sports, hadiah percuma bersertakan perkhidmatan pandu uji, dan tawaran bagi ‘MINI Lifestyle Merchandise’.

Pemilikan MINI didatangkan dengan Waranti Perbatuan tanpa Had selama 4 Tahun dengan Servis Berjadual Percuma, serta Bantuan Tepi Jalan MINI. Di samping itu, pemilik juga dapat menikmati kelebihan eksklusif yang ditawarkan bersama MINI Black Card, sama ada dalam bentuk pelancongan, kesihatan, peranti ataupun acara sukan. MINI Black Card juga meletakkan pemilik di dalam senarai utama bagi semua perkara yang diinisiatifkan oleh MINI, dari previu istimewa sehingga ke parti-parti yang menarik, pelbagai acara dan pelancaran produk.

Hadapi kemungkinan yang baharu di lokasi dan tarikh berikut:

Lokasi Tarikh
Aeon Seremban 2 2 hingga 4 November 2018
Paradigm Mall JOHOR BAHRU 9 hingga 11 November 2018
Aeon Bukit Tinggi 23 hingga 25 November 2018
Desa ParkCity 30 November hingga 2 Disember 2018
1 Utama 14 hingga 16 Disember 2018
Vivacity Megamall 28 hingga 30 Disember 2018

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai MINI Recharge Roadshow atau jika anda ingin membuat pendaftaran, sila layari www.mini.my/recharge.

*Tertakluk kepada Terma & Syarat.

Previous post

Pemilik-Pemilik Kenderaan Baru Mengalami Masalah Berkaitan Reka Bentuk 

Next post

Bajet 2019 Subsidi Minyak Secara Bersasar

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *