Bisnes

Volvo Pasang 15,000 Panel Solar Di Kilang Ghent Mereka

Volvo Cars buat kali pertama memperkenalkan tenaga solar ke dalam operasi perkilangan globalnya. Pemasangan 15,000 panel solar di kilang kereta di Ghent, Belgium menandakan satu lagi langkah ke arah visi syarikat untuk mempunyai operasi perkilangan neutral-iklim global menjelang 2025.

Pemasangan panel solar dilakukan selepas pengumuman syarikat awal tahun ini bahawa kilang enjin Skövde di Sweden adalah kemudahan neutral-iklim pertama dalam rangkaian pembuatan globalnya.

Kilang Ghent juga menggunakan kuasa angin untuk membekalkan kira-kira 11 peratus daripada penggunaan tenaga, dan pada 2016 kilang memperkenalkan sistem pemanasan yang mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 40 peratus, menjimatkan 15,000 tan CO2 setahun. Sejak tahun 2008, bekalan elektrik untuk semua loji Volvo Cars Eropah ndatang dari sumber yang boleh diperbaharui.

 

Previous post

Volkswagen Fest 2018

Next post

BMW F 850 GS Buat Kemunculan di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *