Motosikal / Lain Lain Roda

BMW F 850 GS Buat Kemunculan di Malaysia

BMW Motorrad Malaysia baru-baru ini memberikan pratonton eksklusif bagi BMW F 850 GS baharu sewaktu acara BMW Motorrad Nightfuel edisi kelima yang diadakan di Puteri Harbour Front, Johor.

BHP

Menggantikan F 800 GS, model ini menampilkan rupa paras baharu yang memanfaatkan reka bentuk yang lebih dinamik dan maskulin. Untuk meningkatkan keupayaan tunggangan off-road, perhatian diberikan bagi memastikan tiada selekoh atau bucu yang boleh menyebabkan ketidaksenangan pada ruang berhampiran tangki bahan bakar dan tempat duduk.

The BMW F 850 GS (12)

Pelindung angin dan cuaca juga turut dioptimumkan, manakala struktur bermodul pada cermin hadapan (aksesori BMW Motorrad yang tulen) membolehkan konfigurasi individu disesuaikan mengikut kehendak penunggang. Cermin hadapan standard juga boleh ditukar dengan mudah.

The BMW F 850 GS (21)

F 850 GS menampilkan enjin 853 cc dua slinder yang menghasilkan 95 hp pada 8,250 rpm dan 92 Nm pada 6,250 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dengan klac ‘anti-hopping’ dan ‘self-amplifying’ yang mengurangkan kuasa pengoperasian klac tangan.

The BMW F 850 GS (17)

F 850 GS menawarkan mod Rain dan Road sebagai kelengkapan standard, manakala mod Dynamic, Enduro dan Enduro Pro boleh dimiliki menerusi pakej tambahan Pro. Gabungan ABS dan pengawal kestabilan automatik (ASC) menawarkan tahap keselamatan yang tinggi.

BMW Motorrad Nightfuel (5)

Roda hadapan dipandu oleh serampang teleskopik, dan roda belakang pula dipandu oleh lengan berayun aluminium dwi-bahagian dengan topang spring pusat. Model ini juga dilengkapi dengan set roda ‘cross-spoke’ aluminium dengan tayar tidak bertiub yang bersaiz 21 inci di hadapan.

The BMW F 850 GS (15)

Ia juga mempunyai kluster instrumen baharu dengan skrin warna bersaiz 6.5 inci yang memaparkan informasi pada kadar yang lebih pantas dan dengan lebih jelas, selain boleh membuat panggilan telefon atau memainkan muzik melalui sambungan pada telefon pintar. BMW menawarkan pelbagai kelengkapan pilihan dan aksesori untuk F 850 GS, termasuk pakej-pakej individualisasi iaitu Comfort, Touring, Dynamic, dan Lights.

The BMW F 850 GS (7)

F 850 GS boleh didapati dalam tiga gaya tersendiri iaitu Exclusive dengan warna matte metalik Pollux; Rallye dengan warna putih (Light White), merah (Racing Red) dan biru metalik (Lupin Blue); dan gaya asas Racing Red. Harga bagi model ini akan didedahkan semasa pelancaran rasminya pada bulan November nanti.

Previous post

Volvo Pasang 15,000 Panel Solar Di Kilang Ghent Mereka

Next post

Harga Hyundai Elantra Dikemaskini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *