Promosi / Tawaran / Peraduan

Volkswagen Fest 2018

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan menganjurkan acara Volkswagen Fest 2018 buat kali kedua pada 12 hingga 14 Oktober di Setia City Convention Centre, Setia Alam.

Fokus utama festival pada tahun ini adalah pengenalan rangkaian model edisi khas serta Program Kesetiaan Pelanggan Volkswagen.

Para pengunjung berpeluang untuk memandu uji pelbagai model Volkswagen, menikmati rebat dan tawaran istimewa ke atas kereta baharu serta yang telah didaftarkan. Terdapat juga baucar petrol percuma bernilai RM3,000 ke atas kereta terpakai yang terpilih, selain “Starbuys” untuk model Vento yang ditawarkan pada harga serendah RM55,888* dan Golf GTI serendah RM188,888*.

Pembeli kereta baharu Volkswagen boleh nikmati Skim Perlindungan Harga yang sedang berlangsung sekarang dan sah ke atas semua kereta yang didaftarkan sebelum 30 November.

Mereka yang ingin menjual kereta sedia ada untuk mendapatkan sebuah Volkswagen, terdapat perkhidmayan penilaian kenderaan secara percuma dan pemeriksaan pinjaman pantas oleh sebuah bank bagi membantu urusan permohonan pembiayaan sewa beli mereka.

Pemilik kenderaan Volkswagen yang mengunjungi festival boleh mendapatkan pemeriksaan 20 poin di gerai selepas jualan khas. Volkswagen juga akan menawarkan keahlian selepas jualan istimewa kepada 200 pemilik terawal yang kereta mereka berusia empat tahun dan ke atas.

Perhimpunan kereta VW klasik dan terkini daripada para peminat yang datang dari seluruh negara pun akan dianjurkan.

Pada waktu malam, 12 Oktober, jam 8:30 sebuah filem akan ditayangan. Filem model ikonik Volkswagen Beetle membintangi filem Herbie Fully Loaded (2005). Tidak ketinggalan, sebuah mini konsert oleh kumpulan muzik terkenal tempatan seperti Paperplane Pursuit, Talitha Tan dan Bunkface pada 13 Oktober bermula jam 7.45 mlm.

Ada lagi … trak-trak makanan terbaik di Lembah Klang, persembahan buskers dan hasil seni yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam Instagram. Bagi mereka yang gemarkan aktiviti kecergasan, sesi Yoga awal pagi dan HIT akan diadakan pada 14 Oktober, pagi Ahad bermula jam 8am hingga 10am.

Volkswagen Fest 2018 bakal berlangsung pada 12 -14 Oktober 2018 di Setia City Convention Centre, Shah Alam.

Waktu dibuka ialah:

  • 10 pg – tgh mlm (12 – 13 Oktober 2018).
  • 10 pg – 10 mlm (14 Oktober 2018).

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

Volksfest Poster

Previous post

Versi Perisian Tesla 9.0 Ada Banyak Ciri-ciri Baru

Next post

Volvo Pasang 15,000 Panel Solar Di Kilang Ghent Mereka

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *