Berita Auto

Vios Challenge Masuk Musim Kedua

Serentak dengan pengumuman arah tuju baharunya, UMW Toyota Motor turut melancarkan perlumbaan Vios Challenge musim kedua yang akan bermula pada Ogos 2018.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Selain daripada kategori Sporting bagi pelumba semi-profesional dan kategori Super Sporting bagi pelumba profesional, kategori Promotional yang melibatkan pelumba selebriti juga akan diteruskan. Janna Nick, Diana Danielle, Shawn Lee dan Syukri Yahaya yang telah berlumba ketika musim pertama akan turut serta sekali lagi.

Bakal memberi saingan kepada mereka ialah barisan enam selebriti baru iaitu Aiman Tino, Khai Bahar, Nabila Razali, Wany Hasrita, Akim Ahmad dan Nabil Ahmad. Seperti kumpulan selebriti pertama sebelum ini, mereka akan diberikan latihan di Akedemi Vios sebagai persiapan untuk cabaran tersebut. AATD_DEN_7946

Vios Challenge mengekalkan barisan penaja utama yang terlibat dari musim pertama. Ini termasuk Toyo Tyres, Denso, TRD Asia, Enkei, Moty’s, minuman tenaga Drive M7 dan Toyota Capital Services.

Selain daripada perlumbaan Vios Challenge, orang ramai yang berkunjung ke TGR Racing Festival juga boleh mengikuti pelbagai aktiviti menarik yang akan disediakan, termasuk aktiviti sukan elektronik (e-sport).

Previous post

Toyota Umum Arah Tuju Baharu

Next post

Kini Anda Boleh Beli Kereta Volkswagen Secara Online

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *