Gaya Hidup

Giliran Suzuki Malaysia Pula Menghulur Bantuan Kepada Pemilik Kereta Suzuki Yang Dilanda Banjir

Berikutan bencana banjir yang telah melanda 9 negeri di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia, para usahawan telah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir melalui kempen selepas banjir masing-masing.  Suzuki Malaysia Automobile menjalankan peranan mereka dalam membantu pemilik kereta membaiki kereta mereka yang rosak akibat banjir sebaik dan selamat mungkin.

Suzuki-Lend-a-Hand-Service-Campaign

Bermula dari 15 Januari hingga 28 Februari, Suzuki Malaysia Automobile menyediakan bantuan kepada pelanggan yang tinggal di kawasan bencana tersebut melalui kempen khidmat seperti dibawah:

  • Diskaun 50% ke atas bahan pelinciran (minyak enjin, cecair transmisi, coolant)
  • Diskaun 30% ke atas alat ganti original Suzuki.
  • Diskaun 20% ke atas fee khidmat dan buruh

suzuki-s-cross

Mr. Keiichi Suzuki, Pengarah Urusan Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd berkata, “Banjir monsun adalah meluas dan telah menjejaskan lebih 200,000 orang, meninggalkan banyak daripada mereka tanpa penggunaan kenderaan mereka yang dilanda banjir. Kami menggesa pelanggan kami yang telah terjejas oleh bencana ini untuk membawa kenderaan Suzuki mereka ke pusat khidmat kami yang terdekat secepat mungkin untuk memastikan kereta mereka boleh digunakan dengan cepat dan selamat”.

 “’Cara Hidup Suzuki!’ bukan saja gaya hidup yang cergas dan aktif, tetapi ianya juga adalah tentang membuat segala yang terbaik dan membawa sesuatu yang positif dan kebaikan untuk kehidupan harian. Kerana itu kami amat bersimpati pada mereka yang menghadapi bencana banjir dan berharap dapat memberikan sedikit bantuan kepada pelanggan kami dalam bentuk pemberian diskaun kepada perkhidmatan kereta,” tambah beliau lagi.

Hubungi Suzuki Malaysia Automobile di talian toll free 1-300-88-6699 untuk mencari pengedar Suzuki yang terdekat atau lawati www.suzuki.net.my untuk maklumat lanjut.

Suzuki-Swift-Sport-5-door-front

*Pengedar sah Suzuki akan menilai dan mengesahkan kesahihan kes sebelum pembaikan dijalankan.  Mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Previous post

Edisi Terhad Land Rover Defenders

Next post

‘Advanced Start-Stop’ Dari Johnson Controls

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *