Berita Auto

Pusat 3S Pertama Peugeot Dilancarkan Di Glenmarie

Bermaz Auto Alliance telah melancarkan pusat 3S Peugeot pertamanya di Glenmarie. Pusat itu menampilkan identiti jenama terbaharu Peugeot, berserta kemudahan penuh melibatkan jualan, servis dan alat ganti.

Merupakan sebahagian daripada Kumpulan Bermaz Automotive, Bermaz Auto Alliance komited untuk menawarkan pengalaman pemilikan terbaik kepada pelanggannya menerusi fasiliti baharu ini, di samping membangunkan jenama Peugeot menerusi sokongan selepas jualan dan waranti.

Peugeot 3S Glenmarie

Apa yang menarik, sokongan selepas jualan ini juga disediakan untuk kenderaan jenama Citroen dan DS yang bernaung di bawah Kumpulan Stellantis. Pusat 3S ini mempunyai dengan 21 ruang servis yang dikendalikan oleh juruteknik terlatih dan berpengalaman.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sistem diagnostik terkini dan segala peralatan bagi memastikan setiap kenderaan yang diservis mampu memberikan prestasi optimum. Pelanggan boleh menunggu di dalam ruang rehat (lounge) yang lengkap dengan minuman, ruang bekerja serta Wi-Fi.

Beralamat di Lot. 15, Jalan Pelukis U1/46 Temasya Industrial Park U1, 40150, Shah Alam, Selangor, waktu operasi pusat servis tersebut bermula dari 8 pagi hingga 5 petang pada hari minggu dan 8 pagi hingga 12 tengahari pada Sabtu.

Peugeot 3S Glenmarie

Untuk membuat janji temu servis, pelanggan boleh menghubungi talian 03-5021 2300 (sambungan 2402/2403) atau layari portal pelanggan customer.peugeot.com.my. Untuk bantuan tepi jalan pula, hubungi talian 1-800-22-3399 yang dibuka 24 jam.

Pelanggan juga diingatkan untuk mengemaskini maklumat peribadi mereka di https://baasb.com.my/Peugeot/index.html bagi tujuan waranti, pemberitahuan panggilan semula dan pelbagai lagi.

Previous post

Bantuan Untuk Yang Kena Langgar Mereka Yang Tidak Mahu Bayar

Next post

Yamaha X-Max 2022 Dapat Enjin Euro 4, Pilihan Warna Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *