Berita Auto

Millenium Welt Buka Pusat 4S BMW Di Utara Kuala Lumpur

Millennium Welt, wakil pengedar jenama BMW di Malaysia telah membuka tirai pusat pengedarannya yang pertama di Lembah Klang menerusi outlet miliknya di Utara Kuala Lumpur miliknya. Ia merupakan sebuah pusat 4S (Jualan, Servis, Alat Ganti dan Sistem) untuk jenama BMW serta BMW Premium Selection (BPS).

Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menjulang kelestarian, Millennium Welt Utara Kuala Lumpur dilengkapi dengan 192 unit panel PV solar 96 kWp yang mampu menjana lebih daripada 123,700 kWj tenaga untuk menguasakan kemudahannya.

Dengan menggunakan penyongsang mikro untuk menukar arus terus (DC) kepada arus ulang-alik (AC) di atas bumbungnya dengan selamat dan efisien, Millennium Welt dapat menjimatkan sebanyak RM4,900 setiap bulan bagi penggunaan tenaga, di samping mengurangkan emisi karbon sebanyak 86 tan setiap tahun.

Para pemilik kenderaan elektrik (EV) yang mengunjungi pusat pengedaran ini juga boleh memanfaatkan khidmat pengecasan AC/DC bagi kenderaan elektrik milik mereka di ruang parkir pelanggan.

Dibina di atas ruang seluas 35,600 kaki persegi, pusat 4S ini mempunyai bilik pameran yang dapat memuatkan sehingga lima kenderaan BMW baharu serta 10 kenderaan BMW Premium Selection. Pusat servisnya mempunyai 20 ruang kerja, termasuk lima laluan segera (Fast Lane) dan tiga ruang servis RATC (Reception At The Car). Ini membolehkan pusat 4S ini memenuhi sehingga 60 janji temu servis kenderaan setiap hari.

Millenium Welt Utara Kuala Lumpur mempunyai 90 orang kakitangan, termasuk lima juruteknik voltan tinggi bertauliah. Ia juga menyediakan perkhidmatan mendaftar dan memperbaharui insurans kenderaan mereka, tukar beli kenderaan terpakai, serta BMW Financial Services.

Selain itu, pusat pengedaran ini turut menampilkan pelbagai kemudahan lain seperti Customer Lounge, Handover Lounge, Isetta Bar, BMW Lifestyle & Accessories, BMW Parts, sebuah halaman eksterior dan servis RATC.

Mulai hari ini sehingga 31 Mei 2022, pelanggan yang menservis kenderaan BMW mereka di Millennium Welt Utara Kuala Lumpur akan dihadiahkan baucar bernilai RM100.

Millennium Welt Utara Kuala Lumpur dibuka dari 8:30 pagi hingga 6:30 petang pada hari Isnin hingga Sabtu, dan dari 10 pagi hingga 6 petang pada hari Ahad. Ia beralamat di Lot 50009, Off Jalan Kuching, 51200 Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.bmw-millenniumwelt.com.my/.

Previous post

Jaguar Land Rover Bekerjasama Dengan NVIDIA Dalam Teknologi Kenderaan

Next post

Januari 2022 Lebih Baik Sebanyak 22% Berbanding Januari 2021

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *