Berita Auto

Ahli Baharu Suzuki Ertiga Indonesia – Ertiga Suzuki Sport FF

Suszuki Ertiga mendapat penyegaran model baharu untuk tahun 2021.

Ertiga Suzuki Sport FF adalah model yang khusus untuk Indonesia sahaja.

Suzuki telah memperkenalkan Ertiga Suzuki Sport FF di Indonesia baru-baru ini. Pada asasnya, ia adalah varian model standard mereka yang kelihatan sporty. Kebanyakkan penambahbaikan yang dilakukan adalah kosmetik. Ia mendapat bampar yang kelihatan lebih sporty, roda aloi dwi-tona dan skirt sisi.

Segala ciri, rangkaian kuasa atau mekanikal tidak disentuh.

Di dalam, Ertiga Suzuki Sport FF mendapat papan pemuka serba hitam dengan sisipan kayu, malah tempat duduknya mendapat upholsteri hitam dengan sisipan merah. Untuk Ertiga yang khusus untuk India, ia mendapat papan pemuka beige manakala varian yang lebih premium, XL6, mendapat papan pemuka serba hitam.

Ciri yang ditawarkan termasuk sistem infotainmen skrin sentuh 8 inci, kawalan iklim dalaman automatik, keyless entry dengan permulaan push-start button an kawalan audio yang dipasang pada stereng.

Ciri keselamatan penumpang adalah dengan dua beg udara, ABS dengan EBD, sensor pakir belakang, hill hold assist dan alat pemadam api.

Luaran, Ertiga Suzuki Sport FF menampilkan gril honeycomb eksklusif dan bampar hadapan yang digayakan secara agresif (dengan lampu siang berbentuk L). Skirt sisi memberi gambaran bahawa MPV ini bertunggangan rendah, dan roda aloi dwi-tona yang kelihatan premium. Sebagai penambah visual, jalur merah menghubungkan lampu dan bampar belakang.

Model Indonesia ini dipadankan dengan enjin petrol 1.5 liter dengan 105PS kuasa yang memacu roda hadapan melalui manual 5-kelajuan dan 4-speed tork converter automatik.

Sayang sekali, Ertiga Suzuki Sport FF tidak akan sampai ke Malaysia memandangkan ia adalah model khusus Indonesia.

Jika anda berminat masih ada Proton Ertiga 2018. Last bas kerana Proton sudah tidak lagi mengeluarkan Proton Ertiga. Ertiga adalah model terakhir Proton dengan Suzuki kerana Proton kini dengan Geely.

Senarai Harga Proton Ertiga (Varian)

Proton Ertiga 2021 – 2022 ditawarkan dalam 3 varian – yang berharga dari RM 56,773 hingga RM 62,278.

Model asas ialah Proton Ertiga 1.4 Executive MT 2018 pada harga RM 56,773 dan varian teratas Proton Ertiga ialah Proton Ertiga 1.4 Executive Plus AT 2018 yang ditawarkan pada harga RM 62,278.

Previous post

Honda GL 1800 Gold Wing Dilancarkan Di Malaysia

Next post

Angkut Perabot Dengan Isuzu D-Max X-Terrain Lebih Senang Daripada SUV

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *