Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Angkut Perabot Dengan Isuzu D-Max X-Terrain Lebih Senang Daripada SUV

Isuzu D-Max X-Terrain boleh buat kerja SUV lebih baik daripada kebanyakan SUV.

Hakikat, ramai keluarga Malaysia tidak mampu untuk memiliki lebih daripada satu kenderaan di garaj mereka dan itu adalah sebahagian daripada sebab mengapa crossover dan SUV sangat popular. Ruang tambahan biasanya siap dengan tempat duduk belakang yang boleh dilipat, mewujudkan keluasan ruang kargo yang sangat lapang bila mahu memindahkan perabot yang besar. Walau bagaimanapun, ini tidak berapa ideal.

Fikirlah apabila anda meluncurkan perabot yang besar ke dalam kabin anda, anda berisiko mencalar trim plastik di bahagian dalam. Bukan itu sahaja, jika perabot tidak diikat dengan betul, pergerakan secara tiba-tiba boleh merosakkan lagi bahagian dalam SUV anda atau mungkin menyebabkan kecederaan kerana ia berada dalam ruang yang sama dengan anda dan penumpang hadapan anda. Dalam kebanyakan kes, SUV tidak cukup besar untuk memuatkan perabot yang lebih besar, seperti sofa! Walaupun sofa 2 seater.

Di sinilah trak pikap seperti Isuzu D-Max X-Terrain diperlukan. D-Max serba baharu ini tidak seperti trak pikap lain di pasaran. Dengan remote engine start, sistem infotainment 9″, sistem bantuan pemandu termaju dan banyak lagi, Isuzu D-Max X-Terrain ialah satu trak pikap yang boleh menggantikan SUV sebagai kenderaan penumpang dari segi peralatan.

Sambil SUV perlu membuat beberapa kompromi untuk mengangkut kargo yang serius, Isuzu D-Max X-Terrain boleh dimuatkan sepenuhnya dengan semua jenis peralatan berat, perkakasan, pokok Krismas, papan luncur atau sofa DAN masih mempunyai tempat duduk untuk 5 orang dalam keselesaan tanpa kompromi dan selamat. Lebih-lebih lagi, sliding cargo tray di atas cargo bed di belakang membolehkan pengguna memuatkan barang hanya sejauh jangkauan mereka, dan kemudian dengan mudah meluncurkan bakinya ke dalam menggunakan rel. Tidak perlu lagi memanjat ke belakang untuk memunggah barangan anda!

Tailgate Isuzu D-Max juga sangat unik di pasaran. Ia merupakan trak pikap pertama di pasaran yang menampilkan sistem bantuan pintu belakang yang melembapkan pembukaan pintu belakang dan meringgankan penutupan pintu belakang. Ini menjadikan D-Max X-Terrain salah satu trak pikap paling canggih di pasaran untuk kegunaan harian. Macam SUV!

Tonton video di atas untuk melihat apa yang kami maksudkan dengan Isuzu D-Max X-Terrain serba baharu dan kebolehannya mengangkut sofa!

Previous post

Ahli Baharu Suzuki Ertiga Indonesia - Ertiga Suzuki Sport FF

Next post

Mercedes-Benz S-Class W223 Tiba Di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *