Berita Auto

VOTY 2021//Luxury SUV of the Year – Toyota Harrier

Harrier adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam segmen SUV mewah. Malah, tidak keterlaluan jika kami katakan yang ia adalah simbol kejayaan bagi sesetengah individu, maka tidak hairanlah jika ia menjadi pilihan golongan berusia sama ada yang masih bekerja atau pun menghampiri usia persaraan. Setelah memandu model baharu ini, kami faham kenapa ia begitu popular di Malaysia.

Terima kasih kepada platform TNGA, Harrier mempunyai karakteristik pemanduan dan pengendalian yang sangat memuaskan sehinggakan kami terlupa yang ia merupakan sebuah Toyota dan bukannya Lexus. Ia sangat selesa untuk dipandu, namun pada masa yang sama anda akan dapat merasakan yang Toyota telah memberikan banyak perhatian terhadap aspek dinamiknya.

toyota harrier belakang kiri 5.5

Selain itu, kadar NVH di dalam kabin juga sangat bagus dan kami rasakan ini adalah sesuatu yang akan membuatkan sesiapa sahaja yang membeli Harrier gembira. Walaupun ia tidak mempunyai enjin turbo seperti model generasi terdahulu, enjin yang digunakan sekarang masih lebih dari mampu untuk menghasilkan pecutan yang lancar, dengan adanya transmisi Direct Shift CVT yang cekap dan responsif.

Spesifikasi Toyota Harrier

Enjin: petrol empat silinder
Kapasiti: 1,987 cc
Kuasa: 171 hp @ 6,600 rpm
Tork: 203 Nm @ 4,400 rpm
Transmisi: Direct Shift CVT
0-100 km/j: –
Kelajuan maksimum: –
Harga: RM249,706

Tentang Anugerah Vehicle of the Year (VOTY):

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 12 bulan dari 2020 layak untuk dicalonkan dalam anugerah ini. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami menilainya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari DSF.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan dipilih sebagai pemenang kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan lagi pada masa akan datang.

Previous post

VOTY 2021//Electric Car of the Year – Porsche Taycan

Next post

VOTY 2021//7-Seat Family Vehicle of the Year – Mitsubishi XPANDER

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *