Berita Auto

VOTY 2021//7-Seat Family Vehicle of the Year – Mitsubishi XPANDER

Dilancarkan di Malaysia pada November tahun lalu, Mitsubishi XPANDER hadir dengan konsep reka bentuk Dynamic Shield yang membuatkan ia kelihatan gagah seperti Triton. Bagi kami, ini adalah salah satu tarikan dan kekuatan utama XPANDER, memandangkan MPV sering mempunyai penampilan yang tidak menarik dan membosankan.

Satu lagi kelebihan yang ada pada model ini adalah ruang kabinnya. Ia bukan sahaja cukup luas untuk menampung sehingga tujuh penumpang dengan selesa, malah ia cukup fleksibel. Sebagai contoh, tempat duduk barisan kedua boleh dilipat dengan rata bagi membolehkan penumpang masuk ke tempat duduk barisan ketiga dengan mudah.

Mitsubishi XPANDER

Menariknya, anda juga boleh melipat rata tempat duduk barisan ketiga juga untuk memaksimum ruang but. Ditambah pula dengan pelbagai jenis ruang storan tambahan yang disediakan dari hadapan hingga ke belakang, XPANDER adalah kenderaan yang sesuai untuk mereka yang berkeluarga. Buktinya? Lebih 10,000 tempahan diterima dalam tempoh beberapa bulan sahaja selepas ia dilancarkan.

Spesifikasi Mitsubishi XPANDER

Enjin: petrol empat silinder
Kapasiti: 1,499 cc
Kuasa: 104 hp @ 6,000 rpm
Tork: 141 Nm @ 4,000 rpm
Transmisi: automatik 4kelajuan
0-100 km/j: –
Kelajuan maksimum: –
Harga: RM91,369

Tentang Anugerah Vehicle of the Year (VOTY):

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 12 bulan dari 2020 layak untuk dicalonkan dalam anugerah ini. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami menilainya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari DSF.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan dipilih sebagai pemenang kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan lagi pada masa akan datang.

Previous post

VOTY 2021//Luxury SUV of the Year – Toyota Harrier

Next post

VOTY 2021//Family Sedan of the Year – Nissan Almera Turbo

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published.