Motosikal / Lain Lain Roda

Modenas Buka Pusat ‘Service Plus’ di Terengganu

Modenas telah memperluas rangkaian pusat perkhidmatan lepas jualannya dengan pembukaan pusat ‘Service Plus’ yang kedua di wilayah Pantai Timur dan yang ke-37 di negara ini.

Terletak di Kuala Terengganu, pusat servis itu akan dioperasikan oleh wakil Modenas iaitu DRZ Motorsport untuk memenuhi permintaan pelanggan di negeri Terengganu dan juga wilayah Pantai Timur. Ia juga merupakan pusat Service Plus yang ke-37 di negara ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi. Turut hadir memberikan sokongan adalah wakil-wakil kelab pemilik motosikal Modenas iaitu Dominar 400 Club Malaysia (D4CM) dan Malaysia Pulsar Owners Club (MPOC).

Bersempena dengan pembukaan rasmi ini, syarikat itu turut menganjurkan beberapa aktiviti termasuk pemeriksaan perkhidmatan servis percuma untuk pelanggan Modenas dan juga sesi tunggang uji motosikal Modenas untuk orang ramai.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan, pusat Service Plus dikhususkan untuk memberikan servis dan menyediakan alat ganti berkualiti tinggi kepada semua pemilik ‘street bike’ Modenas seperti Pulsar NS160, NS200, RS200, Dominar 400 dan V15. Tambah beliau, syarikat itu mensasarkan untuk membuka tiga lagi cawangan Service Plus menjelang akhir tahun ini.

DRZ Motorsport Service Plus terletak di 116C Jalan Chabang Tiga Simpang Tok Ku, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu. Ia beroperasi dari hari Isnin hingga Ahad (tutup pada hari Jumaat dan cuti umum) dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Previous post

Hanya RM1,908,000.00 Untuk Ferrari SF90 Stradale Hibrid Yang Baharu Dilancarkan

Next post

CFMoto 1250TR-G Bakal Dilancarkan di China Separuh Pertama 2021

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *