Motosikal / Lain Lain Roda

CFMoto 1250TR-G Bakal Dilancarkan di China Separuh Pertama 2021

Pengeluar motosikal dari China iaitu CFMoto telah memperkenalkan motosikal dengan kapasiti terbesarnya iaitu 1250TR-G di pertunjukan CIMAMotor Show di Chongqing, China baru-baru ini.

Model ini adalah susulan kepada motosikal polis 1250J yang dipertontonkan kepada orang awam pada Mei lalu. Walaupun unit ini dilabel sebagai model konsep, CFMoto mengesahkan bahawa ia sedia untuk memasuki fasa produksi dan akan dilancarkan di China pada separuh pertama 2021, diikut dengan pasaran global.

Seperti 1250J, 1250TR-G dikuasakan oleh enjin V-berkembar (V-twin) berkapasiti 1,278 cc yang dikatakan mampu menjana kuasa sebanyak 140 hp dan 120 Nm. Enjin tersebut adalah berasaskan enjin LC8 KTM yang turut digunakan pada model KTM 1290 SuperDuke R dan 1290 Super Adventure R. Enjin LC8 dipasang secara berlesen oleh CFMoto untuk pasaran negara itu.

Dibangunkan sebagai model grand tourer mewah, 1250TR-G dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan yang memberikan keselesaan kepada penunggang seperti ciri pemanas pada bar hendal dan tempat duduk, paparan TFT berwarna berukuran 12.3 inci serta sistem audio JBL. Sementara itu, kuasa membrek pula dibekalkan oleh Brembo.

Previous post

Modenas Buka Pusat 'Service Plus' di Terengganu

Next post

Mitsubishi Motors Malaysia Mempunyai Gudang Alat Ganti Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *