Gaya Hidup

Mercedes-Benz Bina Fasiliti Ujian Pelanggaran Termaju di Dunia

Ujian pelanggaran adalah bahagian yang paling sukar dalam pembangunan dan penyelidikan, kerana kesukaran dalam mencipta situasi sebenar di laboratory dan juga kos yang terlibat.  Untuk membina persekitaran yang besar yang terkawal untuk membuat ujian pelanggaran (kemampuan membawa kenderaan kepada kelajuan pelanggaran dsbgnya) memerlukan perbelajaan yang banyak, dan Mercedes Benz sanggup membelanjakan banyak wang untuk menghasilkan keselamatan pelanggaran dan pengelakan kecederaan.

Mercedes-Benz-Crash-Test-Facility-Factory-1

Rekaan fasiliti baharu ini membolehkan pelanggaran dibuat dari pelbagai sudut impak, termasuk pelanggaran simpang, manakala mengambil kira keperluan dalam kaitan pelanggaran tertentu dengan pemanduan pelbagai.  Sebagai tambahan, Mercedes Benz memfokuskan untuk menggunakan TFS untuk mengkaji dengan lebih terperinci dalam potensi PRE-SAFE dan sistem bantuan pemandu dalam situasi pelanggaran.

Mercedes-Benz-Crash-Test-Facility-Factory-2

Bagi membolehkan untuk mencipta semula fasa pra-pelanggaran, fasiliti ini akan memasukkan sistem pemanduan otomatik untuk kenderaan itu.  Ianya juga direka untuk ujian pelanggaran dengan kenderaan komersial yang lebih besar.  Unit ujian sled  juga membolehkan ujian ke atas komponen seperti sistem restraint.

Mercedes-Benz-Crash-Test-Facility-Factory-5

Secara keseluruhannya, TFS merangkumi kawasan 55,000 meter persegi.  Kawasan arena ujian adalah 90 x 90 meter tanpa tiang.  Strukturnya juga termasuk kawalan suhu menggunakan haba buangan dari terowong angina bersebelahan.  Kitaran blok pelanggaran dengan halangan solid pelbagai pada setiap sisi untuk konfigurasi ujian pelanggaran tertentu akan memendekkan masa set-up untuk ukuran kenderaan pada masa depan, yang juga akan menjadi separa otomatik pada masa depan, dengan kenderaan ini dipindahkan ke atas turntable di hadapan kamera.  Begiu juga dengan teknologi pengukur digital baharu pada dummies dengan hanya satu kabel data akan mengambil alih teknologi analog sebelum ini.

Mercedes-Benz-Crash-Test-Facility-Factory-4

Lokasi: Sindelfingen – sebuah bandar Jerman berhampiran Stuttgart di hulu sungai Schwippe.

 

Previous post

Porsche 911 GT3 R untuk Perlumbaan Jalanraya

Next post

Aston Martin Lantik CFO Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *