Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Mazda Fail Paten Sistem Hibrid AWD

Mazda dilaporkan telah memfailkan paten untuk sebuah sistem hibrid baharu di Jepun. Fail yang didedahkan oleh blog T’s Media menunjukkan bahawa sistem hibrid itu merangkumi enjin pada bahagian hadapan dan sebuah motor elektrik pada gandar belakang. Gabungan ini akan memacu roda belakang.

Sementara itu, roda hadapan pula digerakkan oleh dua buah motor elektrik yang dikuasakan oleh sebuah kapasitor. Ini bermakna sistem hibrid yang dipatenkan oleh Mazda ini menggunakan pacuan semua roda (AWD).

Sistem hibrid ini mendapat kuasanya daripada bateri lithium-ion 3.5 kW yang beroperasi pada kadar 48 volt. Tenaga yang diperoleh menerusi sistem brek janaan semula akan disalurkan kepada kapasitor terlebih dahulu sebelum ia digunakan untuk mengecas bateri lithium-ion tersebut.

Ketika kenderaan sedang memecut, tenaga daripada kapasitor akan digunakan terlebih dahulu. Bateri lithium-ion hanya akan mengambil alih apabila tenaga di dalam kapasitor telah habis digunakan.

Pada kelajuan rendah pula, sistem ini akan menggunakan enjin dan motor elektrik pada gandar belakang untuk menggerakkan roda belakang. Motor elektrik pada roda hadapan akan ditugaskan sekiranya pemandu mula memecut.

Menurut fail paten tersebut, sistem hibrid ini sesuai dipadankan dengan beberapa jenis enjin termasuk enjin silinder sebaris, silinder V dan juga rotary. Untuk susun atur ini, enjin jenis rotary dikatakan paling sesuai kerana rekaannya yang kompak.

Adakah ini bermakna enjin rotary akan membuat ‘comeback’? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Previous post

Bilik Pameran Ducati PJ Dilanda Banjir Kilat

Next post

Mercedes-Benz Hantar 477,400 Kereta Di Seluruh Dunia Pada S1 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *