Motosikal / Lain Lain Roda

Bilik Pameran Ducati PJ Dilanda Banjir Kilat

Next Bike Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia, telah mengeluarkan kenyataan mengenai gambar-gambar yang menunjukkan beberapa buah motosikal Ducati ditenggelami air yang tular di media sosial semalam.

Dalam kenyataan tersebut, Next Bike mengesahkan bahawa kejadian banjir kilat itu berlaku di bilik pameran Ducati Malaysia PJ dan ia kini sedang dalam proses menilai keadaannya.

“Situasi berada dalam keadaan terkawal dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Adalah menjadi keutamaan kami untuk melindungi kepentingan dan keyakinan pelanggan, pekerja dan orang awam semasa fenomena yang tidak dijangka ini.”

Next Bike juga memberitahu bahawa pihak mereka telah menghubungi pelanggan dan pemilik motosikal yang terlibat.

Selain itu, syarikat turut menggesa orang ramai agar tidak mempercayai dan menyebarkan spekulasi yang boleh menyebabkan kekeliruan. Kemas kini mengenai situasi ini akan dimaklumkan dari masa ke masa.

Untuk pertanyaan lebih lanjut, hubungi Next Bike melalui email di ducati_my@naza.com.my.

Previous post

Ferrari Hasilkan Injap Respirator Untuk Pesakit Covid-19

Next post

Mazda Fail Paten Sistem Hibrid AWD

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *