Motosikal / Lain Lain Roda

Aprilia RS 660 Tarik Perhatian di EICMA

Segmen motosikal supersport kelas pertengahan boleh dikatakan semakin ketinggalan jika dibandingkan dengan segmen-segmen lain, namun ini tidak menghalang Aprilia untuk memperkenalkan pesaing ‘middleweight’ terbaru mereka iaitu RS 660.

Aprilia RS 660

Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai jentera ini:

  • Ia dikuasakan oleh enjin 660 cc dua silinder sebaris bertaraf Euro 5 yang menghasilkan 100 hp. Jumlah tork serta lain-lain angka prestasi masih belum didedahkan.
  • RS 660 didatangkan dengan pelbagai komponen elektronik. Antaranya adalah Intertial Measurement Unit (IMU) enam paksi, Traction Control, Cornering ABS, lima mod tunggangan, Quickshifter, Wheelie Control, Engine Braking dan Cruise Control.
  • Berat jentera ini adalah 169 kg. Aprilia menggunakan bingkai aluminium dan lengan ayun aluminium untuk menjaga berat motosikal ini.
  • Fork Kayaba 41 mm digunakan pada bahagian hadapan, bersama-sama dengan cakera berkembar 320 mm dari Brembo.
  • Seperti RSV4, RS 660 hadir dengan rekaan ‘double fairing’ yang membantu meningkatkan ‘downforce’ pada kelajuan tinggi. Ia juga lampu LED dengan lampu nyalaan siang (DRL) seperti model berkuasa tinggi itu.
  • Panel instrumen TFT berukuran lima inci yang terdapat pada model ini boleh disambungkan dengan telefon pintar.
  • Ia boleh didapati dalam dua warna iaitu hitam dan ungu/merah seperti RS 250 Reggiani Replica keluaran 1994.
Previous post

BMW M2 CS Muncul Dengan 450 HP dan Transmisi Manual

Next post

Pengeluaran Hyundai Sonata 2020 Dimulakan di Alabama

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *