Autonomi

Kereta Autonomi & Ai Punca Keruntuhan Rumah Tangga

Hanya gurauan.

BHP Banner Gurauan

Seorang lelaki memesan sebuah kereta suara robot automatik yang boleh melakukan apa sahaja yang di suruh dan melakukannya dengan betul tanpa sebarang kesilapan.

Setelah menerima kereta tersebut dia terus mengarahkan kereta itu melakukan pelbagai kerja. Dia tersangat bangga dengan apa yang kereta itu boleh dilakukan tanpa sebarang kesilapan.NEXO-Autonomous 3Satu hari, dia di rumah dan isterinya menyuruh dia memberitahu keretanya pergi mengambil anak-anak mereka dari sekolah kerana dia letih.

Lelaki itu bersetuju dan berkata kepada kereta …

Hai Kereta! Pergi dan ambil anak-anak saya dari sekolah.

Kereta itu pergi dan tidak kembali dalam masa yang sepatutnya jadi mereka terus terasa ada sesuatu yang tidak kena.

Beberapa jam kemudian dan kereta itu masih tidak pulang dan lelaki itu menjadi bimbang.

Dia kemudian memakai baju dan bersedia untuk pergi membuat laporan polis di balai.NEXO-Autonomous 2

Ketika dia dan isterinya melangkah keluar, mereka nampak kereta mereka datang penuh dengan kanak-kanak.

Kereta itu parkir betul-betul di hadapan mereka dan berkata … “Ini dia anak-anak tuan!”

Di dalam kereta itu ada dua orang anak perempuan tuan rumah mereka, anak perempuan sahabat isterinya, anak lelaki setiausaha dan dua anak lelaki jirannya.

Isterinya marah yang amat sangat …

“OH! INI SEMUA ANAK-ANAK AWAK YA???”

Lelaki itu KEMUDIAN bertanya dengan tenang … NEXO-Autonomous 4“Sebelum saya jawab, cuba awak bagi tau saya kenapa anak-anak kita tidak ada di dalam kereta ini?”

 

Previous post

Harga Ron 97 Turun 10 sen ke RM2.70

Next post

Video Dan Gambar Hebat Audi R8 Decennium

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *