Berita Auto

OnePlus 6T McLaren Edition Boleh Dicas Penuh Dalam 20 Minit

McLaren dan syarikat telefon pintar OnePlus telah melancarkan OnePlus 6T McLaren Edition. Sekali imbas, ia jelas berbeza dengan kebanyakan telefon pintar lain dalam pasaran dengan badan gentian karbon dan kemasan Papaya Orange yang merupakan warna signatur pengeluar supercar terkenal itu.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Bukan sekadar bergaya, telefon ini juga didatangkan spesifikasi yang tinggi dengan RAM 10 GB yang membolehkan pengguna merakam video 4K pada kadar 60 bingkai sesaat (fps) dan bermain permainan video.

Telefon ini juga boleh dicas penuh dalam hanya 20 minit menerusi teknologi Warp Charge 30. Dengan adanya litar bersepadu di dalam pengecas dan telefon, serta perisian pengurusan kuasa yang ditala, peranti ini boleh menerima aliran kuasa elektrik 30 watt tanpa henti walaupun ia sedang digunakan atau menjana haba berlebihan.

mclaren-oneplus-6t-phone

Dijual pada harga USD699 (RM,2922), 6T McLaren Edition boleh didapati di Eropah Barat dan Amerika Utara bermula 13 Disember, diikuti dengan India, China dan kawasan Nordik tidak lama lagi.

Bagi membuatkan ia lebih eksklusif, pembeli telefon pintar mewah ini juga akan mendapat logo McLaren yang diperbuat daripada gentian karbon F1 gred AA dan sebuah buku yang menggariskan sejarah kedua-dua McLaren dan OnePlus.

Previous post

Perodua Pindah Lokasi Cawangan Untuk Terus Tingkatkan Rangkaian Jualan

Next post

Perodua Dedah Imej Teaser dan Sedikit Spesifikasi SUV Terbarunya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *