Berita Auto

Perodua Dedah Imej Teaser dan Sedikit Spesifikasi SUV Terbarunya

Anda mungkin sudah tahu bahawa tidak lama lagi Perodua akan melancarkan SUV ketiganya (D38L) yang menggunakan platform yang sama dengan Toyota Rush/Daihatsu Terios.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Bagi memberi bayangan tentang apa yang akan ditawarkan oleh model tersebut, Perodua setakat ini telah menyiarkan dua imej teaser di laman rasmi Facebook syarikat itu.

Imej teaser pertama menunjukkan profil sisi SUV tersebut serta sedikit bentuk lampu depan dan belakang. Ia juga menyatakan bahawa SUV itu mempunyai tujuh tempat duduk dengan susun atur yang fleksibel.

47689119_2245352355483635_1049078326490038272_n

Imej kedua yang disiarkan hari ini pula menunjukkan bahagian depan SUV itu dengan rekaan jeriji tersendiri Perodua. Turut didedahkan adalah dua ciri keselamatan utama yang akan ditawarkan iaitu Advanced Safety Assist 2.0 dengan Pedestrian Detection (Pengesan Pejalan Kaki) dan enam beg udara.

Selain itu, SUV Perodua ini juga ‘mesra subsidi petrol’ dengan enjin 1.5-liter. Model ini berkemungkinan besar akan menampilkan enjin 2NR-VE dengan Dual VVT-i yang turut digunakan pada Myvi.

Previous post

OnePlus 6T McLaren Edition Boleh Dicas Penuh Dalam 20 Minit

Next post

VW Golf Mk8 ... Transformasi Terbesar Dalam 43 Tahun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *