Berita Auto

BHPetrol Lancar Petrol Infiniti Baru Dengan Kandungan Aditif Lebih Tinggi

Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) telah melancarkan minyak petrol Infiniti versi terbaru yang boleh didapati dalam gred RON95 dan RON97.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Petrol Infiniti baru ini mempunyai formulasi yang menggunakan aditif terkini dengan elemen seperti Pengubah Geseran (Friction Modifier), Perencat Kakisan (Corrosion Inhibitor) dan Agen Pembersihan Deposit (Deposit Cleaning Agents). Ia mempunyai 800 ppm aditif, iaitu dua kali ganda daripada jumlah minimum yang disyorkan oleh syarikat aditif.

Dengan Pengubah Geseran, geseran pada bahagian dalaman enjin dikurangkan untuk memberikan lebih kuasa serta meningkatkan kecekapan enjin dalam jangka masa panjang.

IMG_2182

Sementara itu, Agen Pembersihan Deposit pula membuang deposit atau kotoran yang terkumpul pada bahagian dalaman enjin, manakala Perencat Kakisan pula memberikan lapisan pada permukaan besi untuk perlindungan yang berpanjangan.

Petrol Infiniti baru boleh didapati di semua 380 stesen BHPetrol di seluruh negara. Ia dijual pada harga yang sama yang ditetapkan oleh kerajaan.

Previous post

Toyota Hilux GR Sport Hanya Untuk Brazil ...... Mungkin Global Tidak Lama Lagi

Next post

Ini Dia Mitsubishi Triton Baru

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *