Cerita Auto

Ini Dia Mitsubishi Triton Baru

Mitsubishi Triton (juga dikenali sebagai L200) generasi baru telah diperkenalkan secara rasmi di Bangkok, Thailand. Ia merupakan model global dan akan turut dilancarkan di pasaran Asean lain, Oceania, Timur Tengah, Eropah, Afrika dan Amerika Latin. Secara keseluruhan, ia akan dijual di 150 negara di seluruh dunia.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Seperti yang anda boleh lihat, Triton baru menampilkan rekaan ‘Dynamic Shield’ terkini dengan garisan hud dan lampu utama yang diletakkan pada kedudukan lebih tinggi bagi menghasilkan ‘muka’ yang agresif.

Dari sisi, gabungan garisan melengkung dan tajam serta gerbang roda lebih besar memberikan Triton imej lebih segar. Menurut Mitsubishi, lampu dan bampar merupakan antara bahagian paling sukar untuk direka.

446B5199-E732-4DE0-9D2F-77FD4EF05D6D

Ruang dalaman Triton telah direka semula dan kini menampilkan suasana lebih moden dan lasak menerusi rangka di sekeliling panel suis dan lubang penyaman udara. Penggunaan bahan pad lembut serta jahitan pada konsol, perehat tangan dan brek parkir memberikan imej berkualiti tinggi.

Varian 4WD didatangkan dengan ciri Super-Select 4WD untuk cengkaman optimum pada pelbagai jenis permukaan, dan ciri Easy-Select 4WD yang membolehkan pemandu menukar mod pemanduan dengan lebih mudah.

DC2E75C1-6672-4F4C-8322-67F18DC509AF

Kedua-dua ciri tersebut mempunyai mod Off-Road baru dengan tetapan Gravel, Mud/Snow, Sand dan Rock. Apabila diaktifkan, mod ini akan mengubahsuai kuasa enjin, transmisi dan brek bagi mengawal kegelinciran tayar sekaligus memaksimumkan prestasi di atas salji atau lumpur. Ciri Hill Descent Control pula membolehkan pemandu menuruni permukaan cerun yang licin dengan lebih selamat dan meyakinkan.

Seperti model sedia ada, Triton baru dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan aktif dan bantuan pemandu seperti:

  • Forward Collision Mitigation (FCM)
  • Blind Spot Warning dengan Lane Change Assist (BSW with LCA)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Ultrasonic Misacceleration Mitigation System (UMS)

8F649C30-3775-411E-A266-8D1F20209A20

Penambahbaikan lain yang ada pada Triton termasuklah penggunaan cakera brek hadapan dan angkup lebih besar serta penyerap hentak lebih besar yang mengandungi lebih banyak minyak peredam. Penukaran transmisi automatik lima kelajuan kepada enam kelajuan pula memberikan pecutan lebih lancar dan berkuasa.

Triton akan dijual di Thailand bermula 17 November. Bagi pasaran Malaysia, model ini akan dipertontonkan pada acara Kuala Lumpur International Motor Show 2018 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) dari 23 November hingga 2 Disember. Bagaimanapun, orang ramai juga boleh melihat model ini dengan lebih dekat di lokasi-lokasi berikut:

capture-20181109-145638

Selain itu, Mitsubishi Motors Malaysia juga merancang untuk mempamerkan Triton baru di Johor Bahru. Mereka yang berminat boleh mendaftar di http://mitsubishi-motors.com.my/new-triton-teaser/.

 

Previous post

BHPetrol Lancar Petrol Infiniti Baru Dengan Kandungan Aditif Lebih Tinggi

Next post

Mazda Mempercepatkan Kenderaan Elektrik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>