Berita Auto

Mercedes-Benz C-Class Facelift Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

Setelah melancarkan model A-Class generasi baru pada bulan lalu, Mercedes-Benz Malaysia kini memperkenalkan C-Class versi facelift, sekaligus memperkembangkan rangkaian model saloon syarikat itu.

BHP

Tiga varian ditawarkan iaitu C 200 Avantgarde Line, C 300 AMG Line dan varian paling berkuasa iaitu AMG C43. Ketiga-tiganya dipasang secara tempatan (CKD) di Pekan, Pahang.

C 200 Avantagarde Line (RM259,888)

IMG_1944

Varian asas ini menampilkan enjin terbaru 1.5-liter empat silinder yang menghasilkan 184 hp dan 280 Nm. Ia dibantu oleh sistem starter/alternator EQ Boost 48 volt yang menjana kuasa tambahan sebanyak 13 hp dan 160 Nm, membolehkan sedan ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 7.7 saat dengan kelajuan maksimum 239 km/j.

IMG_1958

Dari segi penampilan, varian ini didatangkan dengan kelengkapan Avantgarde Line yang merangkumi kemasan krom pada bahagian hadapan, gril dengan corak mesh berlian berwarna hitam, muncung ekzos berkembar dengan kemasan krom serta rim 18 inci. Bahagian dalaman pula menampilkan upholsteri kulit dan kemasan kayu oak.

IMG_1957

Seperti varian lain, paparan instrumen digital 12.3 inci dengan tiga pilihan paparan (Classic, Sport dan Progressive) dan paparan media 10.25 inci (dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto) didatangkan secara standard. Kelengkapan lain termasuklah kamera undur, Blind Spot Assist, Keyless-Go, Active Parking Assist, Tyre Pressure Monitoring System dan pakej perlindungan anti kecurian.

C 300 AMG Line (RM304,888)

IMG_1986

Varian ini hadir dengan kelengkapan AMG Line yang lebih sporty menerusi kit badan dan rim AMG bersaiz 19 inci (seperti yang digunakan pada model C43 pra-facelift). Berbeza dengan C 200, C 300 dan C43 dilengkapi dengan lampu LED Multibeam baru.

???????????????????????????????

Ruang kabin turut menampilkan kelengkapan AMG Line termasuk stereng sport yang dibalut kulit Nappa dan bumbung panoramik. Walaupun menggunakan sistem multimedia yang sama dengan C 200, varian ini didatangkan dengan sistem audio Burmester yang lebih mewah. Sistem ini juga didatangkan standard pada C43.

IMG_1964

Kuasa dibekalkan oleh enjin 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 258 hp dan 370 Nm. Dengan bantuan transmisi automatik sembilan kelajuan, C 300 memerlukan 5.9 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j dan boleh mencapai kelajuan 250 km/j.

AMG C43 4Matic (RM421,888)

IMG_1974

C43 mengekalkan enjin 3.0-liter biturbo V6 seperti sebelum ini, namun kuasa telah melonjak sebanyak 23 hp, menjadikan jumlah terkini 390 hp. Tork kekal pada 520 Nm, namun dengan bantuan transmisi automatik sembilan kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4Matic, ia sudah cukup untuk menggerakkan jentera ini dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.7 saat dengan kelajuan maksimum 250 km/j.

IMG_1971

Bahagian luaran model ini dihiasi dengan kit badan AMG, rim ‘twin spoke’ bersaiz 19 inci dan sistem ekzos sport dengan muncung berbentuk bulat yang menggantikan muncung petak pada model sebelum ini. Bahagian dalaman pula upholsteri kulit Artico, stereng sport dengan kemasan Dinamica serta tali pinggang keledar dalam warna merah designo.

???????????????????????????????

Kelengkapan multimedia adalah sama dengan varian lain, namun apa yang membuatkan ia berbeza adalah kehadiran sistem Active Lane Keeping Assist yang boleh mengeluarkan amaran kepada pemandu sekiranya kenderaan terkeluar dari lorong pada kelajuan dari 60 hingga 200 km/j. Sistem ini juga boleh didapati pada varian C 300.

 

 

Previous post

Auto Bavaria Rancang Hujung Minggu BMW Yang Hebat Untuk Anda

Next post

Toyota Camry Serba Baru Dibuka Untuk Tempahan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *