Bisnes

LEL Express Terima Dua Trak Tata Super Ace

Pengedar eksklusif kenderaan komersil Tata Motors di Malaysia, DRB-HICOM Commercial Vehicles (DHCV) telah menyerahkan dua unit pertama Tata Super Ace kepada dua kontraktor pemandu LEL Express iaitu Reza Sadon Enterprise dan CFD 74 Enterprise.

BHP

LEL Express adalah syarikat logistik di bawah Lazada Malaysia – platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara. Pengenalan Tata Super Ace ini adalah penting untuk menyokong kontraktor pemandu LEL Express dalam meningkatkan keupayaan penghantaran terakhir mereka.

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Rohime Shafie, Ketua Pengedaran Automotif, Pembuatan & Kejuruteraan, DRB-HICOM Berhad; Rudrarup Maitra, Ketua – Perniagaan Antarabangsa, Kenderaan Perdagangan, Tata Motors Limited; dan Arpit Srivastava, Naib Presiden, Ketua Perkongsian Strategik, LEL Exspress. Di majlis tersebut, Mohd Syahrul Yusuf, Ketua Pegawai Operasi DHCV telah menyempurnakan penyampaian replika kunci- kepada Reza Sadon Enterprise dan CFD 74 Enterprise.

IMG_6455

Tata Super Ace merupakan trak mini satu tan yang dibina dengan teknologi canggih untuk penyelesaian pengangkutan di dalam dan juga di antara bandar. Kedua-dua trak yang diserahkan kepada kontraktor-kontraktor pemandu ini telah direka khas dengan badan trak berbentuk kotak untuk memenuhi keperluan perkhidmatan penghantaran e- dagang.

Antoine Comar, Pengurus Negara LEL Express, Lazada Malaysia percaya pembelian Tata Super Ace ini akan memberi manfaat yang besar kepada kontraktor mereka.

“Kami gembira dengan pengenalan Tata Super Ace dalam membantu kontraktor pemandu kami di Malaysia. Ini seiring dengan janji kami dalam menawarkan pengalaman terbaik untuk pelanggan kami. Kami yakin dengan sokongan berterusan oleh DHCV, kami dapat mengoptimumkan lagi operasi penghantaran kami,” jelasnya.

IMG_6489

LEL Express kini bersiap sedia ke arah mengadakan acara online terbesar Lazada pada tahun ini – jualan 11.11 pada 11 November 2018. Pada Edisi 2017, acara membeli belah itu lebih daripada 10 juta pelawat ke aplikasi mudah alih dan laman web Lazada Malaysia dalam masa 24 jam, dengan 1,400 urus niaga seminit dan peniaga telah menjual lebih 50 kali daripada jumlah harian mereka. Angka-angka ini dijangka akan meningkat lebih jauh pada tahun ini.

Rudrarup Maitra berkata penyerahan Tata Super Ace kepada Kontraktor Bebas LEL Express ini merupakan satu peristiwa penting bagi pertumbuhan Tata Motors di rantau Malaysia dan ASEAN.

Previous post

Aksi Mendebarkan di Pusingan Kedua Toyota Vios Challenge

Next post

ŠKODA SCALA Akan Diperkenalkan Akhir Tahun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *