Berita Auto

Mercedes-Benz Lancar Autohaus Kuantan

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan rakan pengedarnya, Asbenz Stern Sdn Bhd telah merasmikan pembukaan cawangan Autohaus dan pusat servis yang terletak di Kuantan, Pahang.

BHP

Cawangan terbaru itu menawarkan khidmat 3S (jualan, servis dan alat ganti) dengan lapan kakitangan jualan dan 12 kakitangan perkhidmatan pelanggan terlatih yang sedia berkhidmat untuk pelanggan.

MB-0026b

Pusat servis Asbenz Stern mempunyai 10 ruang servis dan satu ruang pemeriksaan dengan kapasiti untuk menyenggara sehingga 250 buah kenderaan sebulan, manakala bilik pamerannya mampu memuatkan sehingga tujuh buah kenderaan pada satu-satu masa.

MB-0133b

Berukuran 3,860 kaki persegi (bilik pameran) dan 13,496 kaki persegi (pusat servis), Asbenz Stern Autohaus menampilkan konsep Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II) dan identiti korporat terbaru jenama itu. Ia juga mempunyai ciri I-Showroom yang memberikan akses kepada produk dan promosi terkini Mercedes-Benz di hujung jari.

MB-0280b

Bilik pameran Asbenz Stern Kuantan terletak di A7 & A9, Ground Floors, Jalan Tun Ismail 1 manakala pusat servisnya pula beralamat di Lot 16606, Batu 3 Industrial Area, Jalan Gambang.

MB-3522c

Pelancaran Autohaus terbaru ini memperkukuhkan lagi kehadiran Mercedes-Benz di Pantai Timur. Setakat ini, MBM mempunyai 34 Autohaus di seluruh negara.

 

Previous post

Kereta Pameran Renault ARKANA Terungkap Di Moscow

Next post

Volkswagen Lanjutkan Tempoh Tanpa Cukai Untuk Stok Terhad

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *