Berita Auto

Kejayaan Kereta Kompak Mitsubishi

Mitsubishi telah mencapai kejayaan besar dalam pasaran ASEAN dengan model kompak Mirage hatchback dan sedan Attrage. Ini telah mendorong pengurusan Mitsubishi di Jepun untuk membawa kedua-dua kereta ini ke Amerika Utara.

“Salah satu usaha penting dalam syarikat adalah menukarkan dari merah kepada hitam untuk Amerika Utara,” menurut CEO Mitsubishi Osamu Masuko baru baru ini dalam satu sesi temubual. “Akhirnya kami menyedarinya.” Dia mengkreditkan jualan yang lebih baik dari yang dijangkakan daripada Outlander Sport crossover kompak dan Mirage hatchback, yang diimport dari Thailand, untuk membantu mengeluarkan Mitsubishi dari Amerika Utara.

Mitsubishi-Attrage-SE-variant

Sepanjang bulan Oktober, penjualan di U.S. meningkat 30 persen iaitu 64,564 buah kenderaan, lebih kehadapan dari pencapaian industri sebanyak 6 persen. Penjualan bagi model Outlander Sport, jenama Mitsubishi paling laris jualannya, meningkat sebanyak 25 persen iaitu 25,620 buah kenderaan, manakala jualan laris nombor 2 bagi model Mirage meningkat sebanyak 14,240 berbanding 495 unit yang terjual bila ia berada di pasaran di U.S tahun lepas.

“Ia adalah prestasi diluar jangkaan,” kata Masuko tentang model Mirage yang bersaiz kecil.  “Terdapat kenaikan dalam jumlah, dan ia membantu memulihkan semula para peniaga. Ia menyumbang kepada keuntungan kami”

Kejayaan Mirage 3-silinder telah memberanikan Mitsubishi untuk pertimbangkan penggunaannya bagi versi sedan yang dibina di Thailand, dijual sebagai Attrage dan Mirage G4 di luar Negara, kata Masuko.  Versi sedan itu akan tiba dalam suku kedua tahun depan, katanya, bermakna di antara bulan Oktober 2015 dan March 2016.

Attrage-SE-interior-dashboard

“Penjualan kereta bersaiz kecil di pasaran U.S. bukan menjadi masalah.  Jika penjimatan bahan api adalah baik, ianya akan diterima,” kata Masuko.  Model Mirage hatchback mendapat rating EPA dengan kombinasi 40mpg. “Ada kemungkinan bagi kenderaan kecil.” katanya. “Sebab itulah kami sedang pertimbangkan pengenalan kereta sedan kecil.

Mitsubishi juga akan membawa Outlander PHEV dalam jangka masa itu.  Pelancaran crossover itu, telah pun dijual di Eropah dan Jepun, telah ditangguhkan oleh kesesakan pengeluaran bateri.

Kapisiti bateri sepatutnya meningkat kepada 60,000 unit tahun depan, kenaikan dari 50,000 tahun ini dan 30,000 tahun lepas, kata Masuko.  Tetapi bekalan bateri akan menjadi lebih ketat sekali lagi pada tahun fiskal berakhir pada 31 Mac 2017, apabila Mitsubishi memperkenalkan versi hibrid plug-in untuk generasi Outlander Sport seterusnya, katanya. Mitsubishi merancang untuk membawa versi kenderaan plug-in dan petrol ke U.S.  Kuasa pemanduan diesel yang sedang dirancang, tetapi masih kurang jelas pasaran mana yang akan mendapatinya.

Mitsubishi-Attrage-sedan1

Previous post

Ford Mulakan Program ‘Kemahiran Pemanduan Sepanjang Hayat’ Global

Next post

MagnaFlow Lawan Cobb

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *