Berita Auto

Mercedes-Benz Hap Seng Autohaus Dibuka di Kuching

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Hap Seng Kuching Autohaus, pusat sehenti bersepadunya yang pertama di Malaysia Timur. Hap Seng telah melaburkan sebanyak RM53 juta bagi fasiliti tersebut.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Pelancaran Mercedes-Benz Hap Seng Kuching Autohaus menandakan komitmen berterusan kami untuk mengukuhkan kehadiran kami di Malaysia Timur. Pasaran ini sangat penting bagi kami, dan bersama-sama dengan rakan kongsi pengedar kami, Autohaus ini akan menawarkan produk terbaik, perkhidmatan terbaik dan pengalaman pelanggan terbaik,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Dr Claus Weidner.

DSC0234-Final

Terletak di tengah bandar Kuching dengan keluasan 13,838 meter persegi, Kuching Autohaus mempunyai dua ruang menyambut tetamu, satu untuk pelanggan Mercedes-Benz Cars dan satu lagi untuk pelanggan kenderaan komersial Fuso.

Workshop 1

Sebagai pusat 3S, Kuching Autohaus dikendalikan oleh 40 orang kakitangan terlatih dalam bidang jualan, teknikal dan alat ganti. Dengan 16 ruang penyelenggaraan dan satu ruang mengecat kenderaan, pusat ini mempunyai kapasiti untuk menyelenggara sehingga 510 buah kenderaan sebulan. Kemudahan untuk menyelenggara kenderaan komersial Fuso juga disediakan.

Workshop 7

Setakat ini, Hap Seng beroperasi di 11 lokasi termasuk  Bukit Tinggi, Balakong, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ipoh, Kinrara, Klang, Ipoh, dan Kuantan di Semenanjung Malaysia. Di Malaysia Timur pula, Hap Seng hadir di Kuching, Miri dan Kota Kinabalu.

Workshop

Hap Seng Kuching Autohaus beralamat di Lot 11298, Section 64, KTLD, Jalan Datuk Abang Abdul Rahim, Kuching.

 

Previous post

Sudahkah Alfa Giulia Hilang Magicnya?

Next post

Dapatkan Pemeriksaan Kenderaan Percuma Sempena Aidilfitri di Puspakom

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *