Berita Auto

Dapatkan Pemeriksaan Kenderaan Percuma Sempena Aidilfitri di Puspakom

Perjalanan yang selamat bermula dari sikap pemanduan yang cermat dan kenderaan yang selamat. Oleh itu sempena musim perayaan ini, Puspakom akan melancarkan kempen #drivesafenoregrets dengan menawarkan perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Persendirian Sukarela atau Voluntary Vehicle Inspection (VVI) secara percuma mulai 13 Jun 2017 sehingga 23 Jun 2017 di pusat pemeriksaan kenderaan Puspakom.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kempen #drivesafenoregrets ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan pemanduan berhemah, dan juga menggalakkan pemilik kenderaan menjalankan pemeriksaan VVI di Puspakom bagi memastikan kenderaan mereka berada di dalam keadaan yang selamat sebelum balik ke kampung di musim perayaan nanti.

Pemeriksaan VVI percuma ini akan dijalankan di semua pusat pemeriksaan Puspakom, kecuali di Shah Alam, Taman Bukit Maluri, Mak Mandin dan Kota Bharu, yang dikhaskan untuk pemeriksaan kenderaan perdagangan sahaja.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mohammed Shukor Ismail, “Pemeriksaan VVI ini merangkumi 25 peringkat ujian secara menyeluruh termasuk ujian pengeluaran asap, gelincir sisi, suspensi, ketelusan cahaya cermin, brek serta lampu. Laporan VVI akan dikeluarkan sejurus selepas pemeriksaan kenderaan dijalankan dan laporan ini boleh digunakan oleh pemilik untuk mengetahui keadaan kenderaan mereka dan mengesan sebarang kerosakan. Pemilik kenderaan seterusnya seterusnya boleh melakukan pembaikan dan penyelenggaraan yang sewajarnya.”

Print

“Pada musim perayaan yang sama pada tahun lepas, Puspakom telah memeriksa sejumlah 3,000 buah kenderaan. Melalui kempen #drivesafenoregrets ini, Puspakom mensasarkan peningkatan sebanyak 10 peratus jumlah pemeriksaan kenderaan pada tahun ini. Kami berharap lebih ramai pemandu mengambil inisiatif menghantar kenderaan mereka untuk pemeriksaan VVI secara percuma ini bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan terbaik dimusim perayaan ini.” sambung Shukor.

Kempen VVI secara percuma ini akan bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari (tertakluk kepada waktu operasi setiap cawangan di negeri berlainan). Pelanggan VVI akan diberi keutamaan di mana pelanggan boleh terus mengunjungi cawangan Puspakom tanpa perlu membuat sebarang temujanji.

Sempena kempen ini, Puspakom juga menganjurkan Pertandingan #drivesafenoregrets ‘Tulis Kapsyen & Menang’, di mana para pelanggan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan. Para pelanggan hanya perlu hadir menjalani pemeriksaan VVI dengan menghantar kapsyen gambar melalui “private message” di Facebook Puspakom. Pemenang Hadiah Super Grand Prize akan ditentukan berdasarkan jumlah ‘like’ tertinggi dan juga komen kapsyen yang paling kreatif. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung pertandingan ini boleh dilanjutkan ke laman facebook https://www.facebook.com/puspakomvehicleinspection.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen pemeriksaan VVI ini, para pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol Puspakom 1-800-88-6927 atau layari laman sesawang www.puspakom.com.my untuk mendapatkan senarai cawangan Puspakom seluruh negara.

Previous post

Mercedes-Benz Hap Seng Autohaus Dibuka di Kuching

Next post

Google Dan Apple Bersaing Dengan Mercedes-Benz Dalam 'Perlumbaan' Pemanduan Sendiri

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *