Berita Auto

McLaren Super Series Generasi Kedua Lebih Aerodinamik

McLaren sebelum ini telah mendedahkan tab gentian karbon milik jentera Super Series generasi kedua, sekaligus mengesahkan kemunculan model baru tersebut di Geneva Motor Show pada Mac ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Susulan daripada itu, McLaren kini telah mengeluarkan foto yang menunjukkan sebahagian daripada spoiler, lampu belakang serta penutup enjin jentera itu.

Menurut pengeluar supercar itu, model terbaru itu adalah dua kali lebih cekap aerodinamik berbanding 650S, dengan tahap downforce yang dipertingkatkan serta sistem penyejukan yang lebih baik.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Produk, McLaren Automative iaitu Mark Vinnels berkata model tersebut mempunyai 50 peratus lebih downforce serta 15 peratus lebih penyejukan berbanding sebelum ini. Antara faktor yang menyumbang termasuklah rekaan pintu ‘dihedral’ yang unik yang membolehkan udara melalui radiator.

7377-040117_McLaren+Automotive+Announces+Second-Generation+Super+Series_Monocage+II+image_final

Selain itu, ia juga akan menampilkan spoiler belakang aktif yang boleh operasi pada pelbagai ketinggian dan sudut untuk mencapai tahap kecekapan aerodinamik yang optimum. Ia juga boleh digunakan sebagai brek udara (airbrake) bagi mengekalkan kestabilan apabila sedang membrek.

Setiap pintu model tersebut menampilkan saluran udara bersepadu: satu bagi tujuan penyejukan enjin melalui radiator manakala satu lagi bagi meningkatkan downforce menggunakan udara dari gerbang roda hadapan. Teknologi ini pertama kali diperkenalkan pada model P1.

Maklumat lanjut termasuk foto serta harga model Super Series generasi kedua ini akan didedahkan pada bulan Mac nanti.

 

Previous post

Dendrobium: Hypercar Elektrik Pertama dari Singapura

Next post

CMRT Eurasia dan Aston Martin Komited Kepada GT Asia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *