Gaya Hidup

BMW Safety 360° Dilanjutkan Bagi Tahun 2016 Dengan My Playpen

Kumpulan BMW Malaysia baru-baru ini telah mengadakan satu lagi sesi program BMW Safety 360° di My Playpen. Program selama enam bulan ini diadakan menerusi kerjasama dengan tadika dan Montessori terpilih di serata Lembah Klang untuk memberi kesedaran dan menyeru ke arah amalan keselamatan di jalan raya dan di dalam kereta yang lebih bertanggungjawab bagi kanak-kanak, orang dewasa dan keluarga. BMW 08 Menerusi kerjasama dengan Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) dalam tahun 2016, program BMW Safety 360° memfokuskan kepada etiket di jalan raya serta teknologi dan amalan keselamatan di dalam kereta untuk ibu bapa dan kanak-kanak. BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101 Program ini terutamanya menekankan kepentingan tempat duduk kanak-kanak dan perlunya mewajibkan penggunaan tempat duduk khas untuk kanak-kanak sepanjang mereka berada di dalam kenderaan di negara ini. BMW 09 Sebagai sebahagian daripada program ini, satu siri aktiviti dan pembelajaran bertemakan keselamatan jalan raya telah diadakan untuk ibu bapa dan kanak-kanak di Julia Gabriel Centre, Krista Education dan My Playpen di mana perunding keselamatan penumpang kanak-kanak dari PPBM turut berkongsi dengan ibu bapa mengenai jenis-jenis tempat duduk kanak-kanak yang boleh didapati dan sesuai untuk kanak-kanak. Pasukan dari PPBM juga mengadakan pemeriksaan tempat duduk bagi ibu bapa yang ingin tahu sekiranya mereka memasang tempat duduk yang betul untuk anak-anak mereka. Program BMW Safety 360° juga diadakan di Cooler Lumpur Festival 2016 sebelum ini untuk bertemu dengan lebih banyak keluarga di kawasan Lembah Klang. BMW 10

“Program BMW Safety 360° menggambarkan komitmen kami untuk melihat aspek keselamatan dan tanggungjawab secara menyeluruh dari sudut teknologi, tingkah laku dan tindakan. Tahun ini, kami menyambung usaha kami dari tahun lepas dan kami berinteraksi secara langsung dengan ibu bapa dan kanak-kanak kerana kami yakin mereka adalah kumpulan yang perlu didekati dalam meningkatkan kesedaran mengenai isu keselamatan jalan raya, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan kanak-kanak,” kata Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat, Kumpulan BMW Malaysia. BMW 01 (7) Karen Tan, Perunding Keselamatan Penumpang Kanak-kanak bagi PPBM berkata, “Kemalangan kereta adalah salah satu daripada penyebab utama kematian dan kecederaan bayi dan kanak-kanak yang masih kecil, dan ini adalah satu fakta. Walaupun kejadian yang menyebabkan kereta membelok dengan pantas, brek ditekan secara tiba-tiba atau perlanggaran mungkin tidak dapat dielakkan, tetapi bagaimana anak anda boleh terselamat dari kejadian tersebut adalah sebaliknya. Anak anda mesti diletakkan dengan cara yang betul di tempat duduk yang terbukti selamat ketika di dalam kereta, walaupun untuk perjalanan yang dekat.” BMW 03 (2) Penggunaan tempat duduk serta pemakaian tali pinggang keledar yang sesuai dengan umur dan saiz kanak-kanak dapat mengurangkan risiko kecederaan parah dan kematian. Tempat duduk kanak-kanak dapat mengurangkan risiko kematian bayi sehingga 71% dan kanak-kanak yang masih kecil sehingga 54% di dalam kenderaan penumpang, sementara tempat duduk booster dapat mengurangkan risiko kecederaan yang serius sehingga 45% di kalangan kanak-kanak berumur 4-8 tahun berbanding penggunaan tali pingang keledar semata-mata[1]. BMW 07 Di samping itu, PPBM juga mengadakan demonstrasi keselamatan kanak-kanak dengan teknologi ISOFIX yang menjadikan tempat duduk begitu selamat dengan mengurangkan risiko tempat duduk yang tidak dipasang dengan betul di dalam kenderaan. BMW 05 (1) Ambi menambah, “Program tahun ini telah membolehkan kami mendekati lebih daripada 500 ibu bapa dan harapan kami ialah supaya ibu bapa bukan sahaja mula mengutamakan amalan yang bertanggungjawab di dalam kereta untuk keselamatan anak-anak mereka, tetapi juga memahami panduan dan penggunaan tempat duduk keselamatan yang terdapat di pasaran. Pada masa yang akan datang, kami berharap untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dari segi keselamatan kereta dalam meningkatkan komitmen kami terhadap pelanggan kami serta rakyat Malaysia seluruhnya. BMW 06 (1)   BMW 02 (5)

Previous post

Sime Darby Auto Performance Lanjutkan Pakej Insurans Percuma Selama Setahun

Next post

Volvo V40 Berwajah Baharu Dan S90 Serba Baharu Debut Di Thailand

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *