Insuran / Waranti

Sime Darby Auto Performance Lanjutkan Pakej Insurans Percuma Selama Setahun

Sime Darby Performance Auto (SDAP) menawarkan pemilik Porsche baru pakej insurans percuma selama satu tahun sebagai tambahan kepada jaminan empat tahun dan pakej penyelenggaraan percuma termasuk perkhidmatan percuma, alat ganti dan buruh untuk semua kereta Porsche dijual oleh syarikat itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Arnt Bayer, Ketua Pegawai Eksekutif SDAP berkata, “Ia juga merangkumi perlindungan cermin bagi meningkatkan tahap jaminan dan ketenangan fikiran pelanggan kami.”

Pakej insurans lanjutan itu sah untuk semua pelanggan Porsche yang membuat tempahan bermula 1 November dan menyelesaikan pendaftaran sebelum 31 Disember 2016.

SDAP juga akan menyambut akhir tahun dengan menganjurkan Rumah Terbuka Porsche pada 26 dan 27 November ini di kedua-dua bilik pameran Porsche di Sungai Besi dan Glenmarie. Pengunjung boleh memandu uji model-model seperti 911, 718 Boxster, Cayanne dan Macan. Bengkel Coffee Art turut akan dianjurkan bagi peminat kopi.

Tambahan pula, pelanggan yang membuat tempahan di rumah terbuka juga akan mendapat beg troli Porsche Drivers’ Selection dari Rimowa.

Previous post

Boon Siew Honda Lancar EX5 Fi Edisi Terhad

Next post

BMW Safety 360° Dilanjutkan Bagi Tahun 2016 Dengan My Playpen

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *