Volvo Selekt Kembali Sempena Merdeka – Harga Bermula RM160,000
Lebih 80 unit kenderaan pra-milik ditawarkan dalam jualan dua hari di Menara Symphony, Petaling Jaya
Ada sesuatu yang berbeza tentang hujung minggu Merdeka kali ini di Petaling Jaya. Bukan perbarisan, bukan bunga api — tetapi barisan kenderaan Volvo yang berdiri kemas di aras 3A Menara Symphony, bersedia untuk dinilai, diuji dan dimiliki semula. Volvo Executive Merdeka Sales bukan sekadar pameran, ia satu jemputan eksklusif kepada mereka yang menghargai kejuruteraan Scandinavian dan ketelitian tanpa kompromi.
Pada 16 dan 17 Ogos 2025, lebih 80 unit Volvo Selekt Certified Used Cars akan ditawarkan kepada umum. Tapi jangan biarkan istilah “pra-milik” mengaburi tanggapan anda. Ini bukan kereta terpakai yang asal boleh. Volvo Selekt menetapkan piawaian tinggi: setiap unit mesti melalui 125 pemeriksaan menyeluruh, menerima kemas kini perisian terkini, serta dipasang dengan alat ganti tulen sahaja — semuanya dilakukan oleh juruteknik Volvo bertauliah.
Beberapa model dalam jualan ini mencatatkan perbatuan serendah 5,000km. Bukan itu sahaja, banyak daripadanya berasal daripada fleet korporat Volvo Car Malaysia, termasuk kenderaan pengurusan syarikat. Ini bermakna penyelenggaraan rapi dan rekod penggunaan yang telus.

Antara model yang bakal menarik perhatian:
| Model | Harga Bermula | Ansuran Bulanan |
|---|---|---|
| EX30 Twin Motor | RM169,000 | RM1,666 |
| XC40 Recharge Electric | RM160,000 | RM1,764 |
| XC90 Mild Hybrid | – | RM3,246 |
Setiap kenderaan turut datang dengan baki waranti tanpa had perbatuan 5 tahun, bantuan tepi jalan 24 jam, dan akses sambungan digital Volvo.

Bagi yang belum kenal, EX30 adalah SUV elektrik paling kompak dari Volvo — sesuai untuk gaya hidup bandar moden dengan ciri keselamatan canggih dan prestasi tangkas. XC40 pula dikenali kerana reka bentuknya yang praktikal dan prestasi elektriknya yang konsisten. Untuk keluarga besar, SUV XC90 dan XC60 menawarkan ruang, keselesaan dan keanggunan reka bentuk Scandinavian.

Jika anda masih ragu soal pembiayaan, Volvo Car Finance menawarkan penyelesaian mudah: kadar faedah serendah 2%, dengan kelulusan dalam hari yang sama. Ini memudahkan pembelian sambil mengurangkan beban permulaan pemilikan.
📍 Lokasi: Level 3A, Symphony Square – Menara Symphony, Petaling Jaya
📅 Tarikh: 16 & 17 Ogos 2025
🕘 Masa: 10 pagi – 6 petang
📝 Daftar untuk layanan khas di sini:
forms.volvocarmalaysia.com/executive-sales

Terus-Terang, kita selalu diasuh untuk percaya bahawa “baru itu lebih baik.” Tapi realitinya, bila kenderaan pra-milik hadir dalam keadaan seperti baharu, dengan waranti dan faedah sama seperti model baru — logik kewangan dan kualiti menyebelahi pembeli yang bijak. Volvo Selekt bukan pilihan kompromi. Ia adalah pilihan cermat. Dan Merdeka ini, ia kembali untuk siapa yang bersedia.











No Comment