Gaya Hidup

Nabil Jeffri Kutip Mata GP2 Pertama Di Azerbaijan

Pelumba GP2 negara Nabil Jeffri berjaya memungut mata pertamanya dalam siri itu selepas mendapat tempat ketujuh dalam perlumbaan kedua GP Eropah di Baku, Azerbaijan baru-baru ini. Keputusan itu meletakkan beliau di kedudukan ke-18 keseluruhan dengan dua mata selepas tiga pusingan.

Dalam perlumbaan pembukaan, Nabil berada di kedudukan 10 teratas sepanjang perlumbaan. Malah, strateginya untuk bermula dengan tayar kompaun keras membuahkan hasil apabila beliau berjaya merebut tempat ketiga selepas perlumbaan dimulakan semula. Bagaimanapun, pelumba muda itu terpaksa menarik diri dari perlumbaan pada lap ke-14 akibat kehausan tayar.

Nabil Jeffri, Arden, Baku2016-0882

Kegagalan untuk menghabiskan perlumbaan pertama ditebus Nabil di perlumbaan kedua dengan aksi meyakinkan. Perhatian akan bertumpu ke pusingan seterusnya yang akan diadakan di Spielberg, Austria dari 1 hingga 3 Julai. Pemandu GP3 negara Akash Nandy juga akan beraksi pada hujung minggu yang sama.

 Hujung minggu yang mencabar buat Fahmi di Riviera di Rimini

Sementara itu, Muhammad Zulfahmi Khairuddin menghadapi hujung minggu yang mencabar di Superbike World Championship 2016 pusingan Riviera di Rimini di Itali.

Zulfahmi Khairuddin

Fahmi, satu-satunya wakil Malaysia dalam WorldSBK, memulakan perlumbaan pada kedudukan ke-29 grid dalam kategori WorldSSP. Walaupun berjaya mengejar kedudukan ke-15 selepas 11 lap, beliau gagal untuk menamatkan perlumbaan selepas terjatuh.

Previous post

Pengeluaran Automobile Kumulatif Honda Taiwan Mencapai 300,000 Unit

Next post

Laser Racing Raih Mata Berharga Di Darwin

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *