Jaguar F-Pace Dapat Rating Euro NCAP 5-Star
SUV prestasi, yang juga memenangi World Car Design of the Year 2017 di Anugerah Kereta Dunia 2017, peroleh skor 93% untuk perlindungan penghuni dewasa, 85% untuk perlindungan penghuni kanak-kanak dan 80% untuk perlindungan pejalan kaki.

Menggabungkan anugerah reka bentuk, kejuruteraan inovatif dan kini penarafan keselamatan lima bintang menandakan F-PACE sebagai kereta keluarga muktamad. Keputusan ini juga mengesahkan status keselamatan keluarga PACE semasa berikutan anugerah lima bintang SUV kompak E-PACE yang baharu, baru-baru ini.






No Comment