Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Porsche Dan Shell Akan Bangunkan Rangkaian Pengecasan EV Di Malaysia

Porsche Asia Pacific dan Shell telah mengumumkan kerjasama untuk membangunkan rangkaian pengecasan berprestasi tinggi (HPC) rentas sempadan yang pertama di rantau Asia Tenggara.

Dengan rancangan untuk meletakkan 12 stesen pengecas di enam stesen Shell yang terletak secara strategik di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan, langkah ini membolehkan pemilik kenderaan elektrik (EV) melakukan perjalanan antara Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Menurut Porsche, setiap stesen Shell akan dilengkapi dengan pengecas arus terus (DC) 180 kW dengan dua penghubung CCS Type 2. Ini membolehkan sebuah EV dicas pada kadar 180 kW atau dua buah EV dicas serentak, masing-masing pada kadar sehingga 90 kW.

Rangkaian pengecasan ini akan diperkenalkan secara berperingkat, bermula dengan empat buah stesen (R&R Seremban Arah Utara, R&R Seremban Arah Selatan, Jalan Ayer Hitam dan Tangkak Layby) pada separuh kedua tahun ini dan selebihnya (R&R Simpang Pulai dan R&R Tapah) menjelang separuh pertama 2022.

Stesen-stesen ini akan diintegrasikan ke dalam rangkaian pengecasan Shell sedia yang merangkumi 18 stesen pengecas pantas Shell Recharge 50 KW dan 87 stesen pengecas awam Greenlot di Singapura, dan 18 stesen pengecas “Reserve + Shell Recharge” di Malaysia.

Bukan itu sahaja, ia juga merupakan penambahan kepada pengecas berprestasi tinggi 175 kW yang terletak di semua Porsche Centre di seluruh Malaysia, serta rangkaian Porsche Destination Charging di hotel, lapangan terbang, kelab sukan dan pelbagai lagi lokasi gaya hidup.

Previous post

Konsep Lexus LF-Z Dipertonton Dengan Banyak Lagi Elektrik Tidak Lama Lagi

Next post

Konsep Genesis X Adalah Kereta GT Semua Elektrik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *