Motosikal / Lain Lain Roda

Hidup Sebuah Pengembaraan

BMW Motorrad Malaysia hari ini memperkenalkan skuter urban BMW C 400 X dan BMW C 400 GT daripada segmen Mobiliti Urban serta jentera ‘enduro’ serba boleh, BMW F 750 GS terbaharu dan jentera penjelajah dinamik, BMW R 1250 RT yang terbaharu.

BHP Banner BMW Motorrad

Memperkenalkan motosikal premium yang terbaharu ini, Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Lebih daripada seribu motosikal berjaya diserahkan kepada pemilik baharu pada tahun 2018 melakar pertumbuhan sebanyak 7% berbanding tahun sebelumnya.”

Owen Riley, Ketua Unit BMW Motorrad Malaysia sementara itu berkata, “Dengan pengenalan empat model baharu ini, perluasan portfolio kami tidak mengecualikan sesiapa pun kerana ia melengkapi keperluan gaya hidup individu yang mendahagakan pengembaraan dan kemodenan.”

BMW F 750 GS dan BMW R 1250 RT terbaharu didatangkan dengan enjin canggih yang disempurnakan untuk mencapai tahap kuasa dan tork yang lebih tinggi demi pengalaman tunggangan yang luar biasa. Begitu juga dengan BMW C 400 X dan BMW C 400 GT yang dilengkapi dengan enjin versi baharu untuk tahap mobiliti yang lebih pantas bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di kawasan bandar.

The New BMW C 400 X (7)

Kenyataan Media 

Mobiliti Urban dalam BMW C 400 X dan BMW C 400 GT terbaharu.

BMW C 400 X terbaharu merupakan sebuah skuter bersaiz sederhana yang dapat mengharungi cabaran mobiliti di kawasan bandar dengan mudah. Reka bentuknya bercirikan keringanan dan mudah alih. Komponen trim berbentuk V memberikannya keterampilan serba dinamik apabila dilihat dari seksyen hadapan – sebuah siluet yang menonjolkan kehebatan BMW C 400 X dalam laluan yang sempit dan kesesakan lalu lintas yang padat. The New BMW C 400 X (8)

Tambahan lagi, BMW C 400 X juga menampilkan aspek kemantapan dan semangat kejituan GS: proporsi vertikal, tetapan madgad (mudguard) hadapan, komponen trim berwarna yang jelas dan terdiri daripada grafik pembahagi, serta lampu hadapan LED asimetrik yang besar dengan pilihan reka bentuk pencahayaan waktu siang yang tersendiri untuk jentera ini. Namun, reka bentuk ini bukan sahaja menonjolkan kesegakan urbannya, malah turut membawakan elemen perlindungan angin dan cuaca. Konsep ruang penyimpanan yang pintar pula meliputi dua kompartmen penyimpanan yang bersepadu serta ‘Flexcase’ di bawah tempat duduk tunggal yang selesa untuk kemudahan tambahan sewaktu perjalanan.The New BMW C 400 GT (1)

BMW C 400 GT baharu pula merupakan pencetus segmen skuter ‘maxi’. Sebagai varian Gran Turismo bagi BMW C 400 X, skuter bersaiz sederhana ini dipersiapkan untuk keselesaan dan keupayaan penjelajahan yang diperkayakan. Samada anda menyusuri pusat bandar, menuju ke tempat kerja, atau bersiar pada hujung minggu – BMW C 400 GT merupakan pasangan sempurna yang dapat melengkapi perjalanan anda yang mengujakan: bukan secara bersendirian sahaja, malah turut bersama penumpang. The New BMW C 400 X (4)

Juga didatangkan dengan teknologi pencahayaan LED, BMW C 400 GT terbaharu dapat dicam dengan mudah menerusi reka bentuk lampu hadapan LED berkembar yang bercirikan aerodinamik. Tempat duduk yang ergonomik pula menjamin keselesaan serta kedudukan yang sempurna – samada untuk perjalanan pendek, mahupun panjang. Seksyen belakang juga tidak kurang hebatnya: langsing, progresif dan emotif – ia menjadikan kawasan bandar sebuah arena penyusuran yang lebih menyeronokkan. BMW C 400 GT terdiri daripada penyandar yang berasingan sementara penunggang dan penumpang dapat meletakkan kaki mereka di atas platform meletak kaki yang diintegrasikan pada badan skuter dinamik ini. BMW C 400 GT terbaharu juga menawarkan perlindungan angin dan cuaca yang diperkayakan dengan perisai angin yang bersaiz lebih tinggi berbanding BMW C 400 X untuk memenuhi keperluan tunggangan harian serta penjelajahan.

Kedua-dua model Mobiliti Urban ini dikuasakan oleh enjin silinder tunggal yang mengoptimumkan keefisienan dengan kapasiti berjumlah 350 cc digabungkan dengan Transmisi Pembolehubah Berterusan (Continuously Variable Transmission), pengasingan getaran dan Kawalan Stabiliti Automatik (Automatic Stability Control) sebagai penawaran standard. Enjin yang dioptimumkan tersebut juga dapat menjana output sebanyak 34 kk (25 kW) pada tahap 7,500 rpm dan puncak tork berjumlah 35 Nm pada tahap 6,000 rpm. Model-model ini menggunakan transmisi kuasa menerusi kotak gear Transmisi Pembolehubah Berterusan (CVT) termasuk lengan ayun drivetrain kilasan (torsional drivetrain swing arm) dengan kadar getaran yang minimum.

The New BMW C 400 X (5)

Keselamatan juga dijamin sewaktu memecut dengan Kawalan Stabiliti Automatik (ASC), sistem kawalan antigelincir yang mengehadkan tork pacuan enjin yang dijana mengikut kondisi permukaan jalan raya. Di samping itu, suspensi dan redaman dikendalikan oleh cabang teleskopik di bahagian hadapan dan dua sangga spring di belakang. Ia juga dilengkapi dengan keupayaan pembrekan yang cemerlang menerusi kehadiran brek cakera berkembar di seksyen hadapan digandingkan dengan brek cakera tunggal di belakang dan disertakan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai standard.

Samada anda menyusuri kawasan bandar atau pergi menjelajah, keupayaan keterhubungan masih menjadi keutamaan. Informasi segera dan jelas bagi penunggang dengan kadar distraksi yang minimum dari jalan raya tidak mustahil dengan kelengkapan opsyenal, ‘Connectivity’ yang menampilkan kluster instrumen dalam bentuk skrin TFT 6.5 inci berwarna. Di samping ‘BMW Motorrad Multi-Controller’ yang canggih menawarkan operasi bersepadu, ia juga membolehkan penunggang mengakses fungsi kenderaan dan keterhubungan. Selain kemudahan untuk menggunakan telefon dan mendengar muzik ketika menunggang, pemilik juga dapat menikmati fungsi navigasi yang mudah berpaksikan anak panah, ia boleh didapati menerusi aplikasi, ‘BMW Motorrad Connected App’.

The New BMW C 400 X (3)

Barisan skuter Mobiliti Urban terbaharu ini juga didatangkan dengan akses tunggangan tanpa kunci (Keyless Ride) yang canggih menyaksikan pengunci stereng, pencucuh, flap pengisi bahan bakar serta peranti antikecurian diaktifkan menerusi transponder bersepadu pada kunci kenderaan tersebut.

BMW C 400 GT yang terbaharu ditawarkan menerusi tiga warna – versi bukan metalik seperti putih (Alpine White) dan kelabu (Moonwalk Grey); serta versi metalik, hitam (Black Storm). BMW C 400 X juga boleh dapati menerusi tiga warna – versi metalik, biru (Zenith Blue) dan hitam (Black Storm); serta bukan metalik, putih (Alpine White).The New BMW C 400 X (6)

BMW R 1250 RT terbaharu dirumus khas untuk penjelajahan.

Sejak lebih dari 35 tahun, enjin ‘boxer’ dalam model GS dan RT telah menjadi daya pendorong yang tersendiri, berkuasa tinggi dan boleh dipercayai apabila ia melibatkan perjalanan yang panjang – ataupun untuk perjalanan pendek yang santai. BMW R 1250 RT yang terbaharu juga tidak terkecuali. The New BMW R 1250 RT (4)

Dengan enjin ‘boxer’ canggih yang dimantapkan, BMW R 1250 RT dapat menjana tahap kuasa (136 kk) dan tork (143 Nm) baharu rentetan daripada peningkatan kapasiti dari 1,170 cc ke 1,254 cc. Penambahbaikan dan pemanduan lancar yang optimum juga diterapkan secara signifikan – terutamanya dalam julat kelajuan enjin yang rendah. Enjin baharu ini juga menawarkan tahap emisi serta penggunaan bahan bakar yang lebih baik dan profil bunyi yang lebih memuaskan.

The New BMW R 1250 RT (2)

Atas tujuan ini, ‘BMW ShiftCam Technology’ telah digunakan buat julung kali dalam produksi bersiri bagi enjin BMW Motorrad: ia membolehkan variasi bagi pemasaan injap serta lejang injap dibuat menerusi bahagian salur masuk. Tambahan lagi, aci sesondol salur masuk (intake camshafts) direka suai untuk pembukaan asinkroni bagi kedua-dua injap salur masuk tersebut, lantas menzahirkan pusaran yang lebih baik dan pembakaran yang lebih efektif. Perubahan teknikal yang lain ke atas enjin berkenaan berkait dengan pacuan aci sesondol – kini dilengkapi dengan rantai bergigi (sebelum ini terdiri daripada rantai bertorak) – pembekalan minyak yang optimum, injap injeksi jet serta sistem ekzos baharu.

Dari segi inovasi untuk Keselamatan Tunggangan, Kawalan Stabiliti Automatik (ASC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Pro dan Kawalan Permulaan Curam (Hill Start Control) – yang memudahkan pemberhentian dan permulaan tunggangan di atas cenuram – ia ditawarkan secara standard bagi BMW R 1250 RT untuk diadaptasikan mengikut keinginan penunggang. Sementara itu, Mod Tunggangan Pro (Riding Modes Pro) yang meliputi mod Dinamik, Kawalan Cengkaman Dinamik (Dynamic Traction Control), Kawalan Permulaan Curam Pro (Hill Start Control Pro) dan Bantuan Brek Dinamik (Dynamic Brake Assistant) merupakan tawaran baharu bagi jentera penjelajah premium baharu ini. Kegunaan Kawalan Permulaan Curam Pro juga boleh diperibadikan, contohnya brek parkir dapat dihidupkan secara automatik semasa mendaki apabila tuil brek tangan atau kaki diaktifkan, sejurus motosikal tersebut berhenti. The New BMW R 1250 RT (3)

BMW R 1250 RT yang baharu juga menawarkan Penyesuaian Suspensi Elektronik Dinamik (Dynamic Electronic Suspension Adjustment) “Generasi Baharu”, sebuah suspensi elektronik yang membolehkan adaptasi penalaan terperinci bagi motosikal tersebut dibuat untuk pelbagai kondisi tunggangan, lantas mengecapi tahap redaman yang optimum dan tindak balas tunggangan yang amat stabil.

Pakej pengindividuan yang berbeza juga boleh didapati untuk BMW R 1250 RT terbaharu, ia merangkumi pakej Keselesaan (Comfort), pakej Jelajah (Touring), pakej Dinamik (Dynamic), dan pakej Cahaya (Lights), setiap satu daripadanya sesuai untuk jarak perjalanan yang panjang, kenikmatan tunggangan yang diperkayakan, pengembaraan yang lasak, atau iluminasi yang lebih mengagumkan.

R 1250 RT terbaharu mengungkapkan karakter penjelajahan eksklusifnya menerusi tiga warna – Gaya Sport dalam warna merah dinamik (Mars Red), Gaya Elegan dalam warna hitam (Carbon Black), serta varian klasik dalam warna putih (Alpine White) untuk keterampilan abadi.The New BMW R 1250 RT (1)

BMW F 750 GS baharu, penjelajahan tangkas dengan karakter yang mantap.

BMW F 750 GS dirumus untuk semua penunggang yang menggemarkan sensasi dan reka bentuk konseptual ‘enduro’ jelajah dengan kombinasi paras tempat duduk yang rendah, ketersediaan kuasa yang tinggi, dan kualiti keseluruhan yang hebat. The New BMW F 750 GS (5)

Dari seksyen belakang yang langsing, hingga ke tangki hadapan yang menonjol berhampiran dengan madgad bersinonim dengan jentera GS, elemen reka bentuk BMW F 750 GS mendemonstrasikan penggayaan yang jelas: motosikal ini memiliki DNA jentera GS. Tersendiri dan original dengan ‘flyline’ signaturnya. Dari sudut hadapan, lampu hadapan versi terkini kelihatan terserlah – ikon pencahayaan yang sebenar. Penutup radiator bersepuh dengan penggayaan eksklusif menyoroti kualiti yang bertaraf tinggi bagi jentera serba boleh ini dan melambangkan semangat jentera GS.

BMW F 750 GS yang baharu dilengkapi dengan enjin sebaris 2 silinder berkuasa tinggi yang dijuruterai semula, serta dua aci pengimbang balas yang dapat menyerap getaran yang tidak diinginkan. Ia juga mempunyai interval pencucuhan berjumlah 270/450 darjah untuk menzahirkan profil bunyi yang lebih emotif. Dengan penyesaran berjumlah 853 cc dan output kuasa setinggi 77 kk (57 kW) pada tahap 7,500 rpm, jentera BMW F 750 GS terbaharu tampil lebih gah berbanding model terdahulu. The New BMW F 750 GS (4)

Klac penggalak kendiri dan bercirikan antilonjak yang ditetapkan pada BMW F 750 GS memberikan tahap pengurangan daya yang ketara apabila klac tangan dioperasikan sementara tork seretan ‘drop-in’ meningkatkan ciri keselamatan di atas jalan raya. Transmisi kuasa ke arah tayar belakang dijana oleh kotak gear 6 kelajuan dengan pacuan sekunder yang kini terletak di sebelah kiri.

Mod tunggangan bagi BMW F 750 GS terbaharu meliputi mod ‘Jalan Raya’ (Road) dan ‘Hujan’ (Rain) yang memenuhi keperluan individual penunggang. Dalam mod ‘Hujan’, maklum balas pendikit dikonfigurasikan untuk menjadi lebih halus sementara ciri-ciri kawalan bagi Kawalan Stabiliti Automatik (ASC) atau Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC) dan Sistem Pembrekan Automatik (ABS) berfungsi berpandukan permukaan jalan raya yang licin. Tambahan lagi, kombinasi ABS dan ASC turut menjamin tahap keselamatan yang tinggi bagi penunggang. The New BMW F 750 GS (2)

BMW F 750 GS yang baharu dilengkapi dengan kluster instrumen yang terkini dengan keupayaan keterhubungan (Connectivity), dan terdiri daripada skrin TFT 6.5 inci berwarna.

BMW F 750 GS terbaharu ditawarkan menerusi kemasan warna berikut – kuning metalik (Austin Yellow Metallic), kelabu metalik (Style Exclusive Stereo Metallic Matt), atau putih (Light White).The New BMW F 750 GS (1)

 

Previous post

Toyota Ucap Selamat Tinggal Kepada Mark X

Next post

Beli Minyak Pelincir Petronas Sprinta, Dapat Yamaha Y15ZR

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *