Berita Auto

BMW X2 Dähler

Syarikat talaan dari German iaitu Dähler telah mendedahkan pakej naik taraf BMW X2 yang dikenali sebagai Competition Line. Pakej ini memberikan crossover itu penampilan yang lebih agresif menerusi tema hitam.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ini boleh dilihat pada bahagian hadapan kereta di mana jeriji dan sebahagian daripada bampar kini diberikan warna hitam. Selain daripada itu, hanya cermin sisi dan diffuser belakang yang didatangkan dalam warna asal. Rim didatangkan dalam saiz 21 atau 22 inci, dan boleh dipesan dalam pelbagai warna.

dahler-bmw-x2 (3)

Selain penampilan luaran, syarikat itu juga menawarkan jumlah kuasa lebih tinggi menerusi pakej naik taraf enjin bagi semua varian X2. Kuasa bagi varian 18i meningkat dari 136 hp ke 158 hp/264 Nm, manakala varian 20i meningkat dari 192 hp ke 223 hp/340 Nm.

dahler-bmw-x2 (1)

Bagi model diesel, varian 18d yang mempunyai 150 hp standard mampu mencapai 174 hp/390 Nm dan varian 20d pula mencapai 220 hp/450 Nm.

dahler-bmw-x2 (2)

Pelanggan juga boleh memesan sistem ekzos dalam pelbagai rekaan berbeza serta kit spring sport untuk mendapatkan pengendalian yang lebih responsif, selain memberikan X2 anda ‘stance’ yang lebih agresif.

Previous post

Aston Martin DBS Superleggera Mampu Capai 340 Km/j

Next post

SUV Proton Sekarang di Menara Bumiputra Commerce

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *