Berita Auto

Perodua Edar 100 Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Percuma untuk Hari Raya

Perodua hari ini mengagihkan 100 kerusi keselamatan kanak-kanak GearUp kepada pengguna jalan raya di tiga kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Semenanjung Malaysia, sebagai sebahagian daripada kempen 5-tahun Keselamatan Jalan Raya yang dilancarkan pada Oktober lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kerusi keselamatan kanak-kanak itu diserahkan kepada pemandu Perodua yang bertuah yang membawa anak-anak berusia kira-kira antara dua dan enam tahun di stesen minyak Petronas di R&R Rawang (Lebuhraya PLUS), R&R Bentong (Lebuhraya Karak) dan R&R Seremban (Lebuhraya KL-Seremban).

“Ini adalah kali pertama Perodua menganjurkan acara ini dengan kerjasama rakan niaga kami, Petronas, serta panel insurans kami,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr Zahari Husin.

“Kami mengambil inisiatif khas ini kerana kami prihatin terhadap keselamatan pelanggan kami dan keluarga mereka. Kami berharap rakyat Malaysia sedar kepentingan kerusi keselamatan kanak-kanak dalam menjamin keselamatan anak-anak mereka ketika kenderaan bergerak,”
katanya.

IMG_0583

Diperkenalkan bersama dengan Kempen Keselamatan Jalan Raya pada bulan Oktober, kerusi keselamatan kanak-kanak GearUp Perodua boleh didapati dalam dua model. Kedua-duanya boleh dipasang pada ISOFIX dan memenuhi piawaian keselamatan ECE R44.

Kerusi keselamatan bayi, yang berharga RM622.50 (RM640 di Malaysia Timur), sesuai untuk bayi yang beratnya sehingga 13 kg, manakala kerusi kanak-kanak yang berharga RM736 (RM754.50 di Malaysia Timur) direka untuk kanak-kanak yang beratnya antara 9-36 kg. Semua harga di atas merupakan harga pengenalan dengan 0% Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), sah sehingga 30hb Jun.

Previous post

Program Volvo Car Leasing Diperkenalkan di Malaysia

Next post

BHPetrol dan MKJR Anjur Kempen Keselamatan Jalan Raya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *