Berita Auto

Honda Malaysia Lancar Accord Facelift – Harga dari RM144,800

Honda Malaysia hari ini menetapkan penanda aras baharu bagi segmen sedan eksekutif menerusi pelancaran Accord facelift. Model generasi ke-9 itu direka semula itu menawarkan nilai pakej yang hebat dan pada masa yang sama, mengekalkan ciri-ciri premium pada semua varian.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Accord yang meraikan ulang tahun ke-40 pada tahun ini merupakan model utama (flagship model) Honda. Di Malaysia, lebih 75,000 unit Accord sudah berada di atas jalan raya dan ia kekal menjadi sedan eksekutif kegemaran sejak diperkenalkan pada tahun 2001.

SONY DSC

Seperti sebelum ini, sedan itu ditawarkan dalam tiga varian; 2.0VTi (RM144,800) , 2.0VTi-L (RM153,800) dan 2.4VTi-L (RM172,800). Ia merupakan model pertama Honda yang ditawarkan dengan warna baharu iaitu Obsidian Blue Pearl. Warna-warna baru lain yang ditawarkan ialah White Orchid Pearl dan Lunar Silver Metallic, di samping warna sedia ada iaitu Modern Steel Metallic dan Crystal Black Pearl.

Dari sudut mekanikal, varian-varian 2.0 dikuasakan enjin 2.0 liter SOHC i-VTEC yang menghasilkan 155 PS pada 6,500 rpm dan 190 Nm pada 4,300 rpm. Varian 2.4 VTi-L pula menampilkan enjin 2.4 liter DOHC i-VTEC Earth Dreams baharu yang menghamburkan 175 PS pada 6,200 rpm dan 225 Nm pada 4,000 rpm. Kesemua varian dipadankan dengan kotak gear automatik lima kelajuan.

SONY DSC

Penampilan segar Accord ditonjolkan melalui rekaan bampar hadapan baharu, lampu utama LED pada bahagian hadapan dan belakang serta rim dua tona berwarna hitam dan perak dalam saiz 17 atau 18 inci. Bahagian dalamannya pula menampilkan skrin sesentuh tujuh inci bersama i-MID yang serasi dengan Apple CarPlay dan juga Android Auto apabila ia dilancarkan nanti.

Dari aspek kelengkapan pula, varian 2.0VTi dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri terkini iaitu smart entry, butang penghidup enjin dan cruise control yang biasanya boleh didapati pada varian tinggi 2.0L.

SONY DSC

Pada masa sama, varian 2.0VTi-L yang merupakan varian paling laris dilengkapi dengan pelbagai ciri tambahan seperti Honda LaneWatch, cermin pandang belakang auto malap, penggilap cermin automatik, tempat duduk berkuasa untuk penumpang hadapan, beg udara sisi dan beg udara tirai.

Untuk perbandingan yang lebih jelas, sila rujuk jadual di bawah:

Honda Accord Facelift Specs Table

Aspek keselematan pula merangkumi enam beg udara bagi semua varian, ABS, Electronic Brake Distribution (EBD), Emergency Stop Signal (ESS), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA), kamera undur pelbagai sudut dan Isofix.

Honda Accord facelift juga hadir bersama jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had bersama selang servis setiap 10,000km.

SONY DSC

 

 

Previous post

PROTON Memperbaharui Perjanjian Kolektif Bersama Pihak Kesatuan

Next post

Adakah Ini BMW 5-Series 2017???

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *